Friday, November 25, 2011

Pohonlah kepadaNya..


"Allah berfirman, "Wahai anak Adam, sepanjang engkau memohon kepadaKu dan berharap kepadaKu akan Aku amuni apa yang telah engkau lakukan,Aku tidak peduli.Wahai anak Adam, jika dosa-dosamu setinggi awan dilangit kemudian engkau meminta keampunan kepadaKu, akan Ku ampuni.Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang kepadaKu membawa kesalahan sebesar dunia kemudian engkau datang kepadaKu tanpa menyekutukan Aku dengan sesuatu pun, pasti akan datang kepadamu dengan ampunan yang sebesar itu pula."
[HR Tirmidzi]


Thursday, September 22, 2011

PAHALA SEPERTI HAJI DAN UMRAH


Assalamualaikum...

Pada pagi jumaat ni, saya nak kongsi sedikit ilmu dengan rakan2 sekalian..

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

"Sesiapa yang menunaikan solat subuh secara berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah hingga matahari terbit, kemudian solat dua rakaat, maka baginya pahala seperti haji dan umrah."

-Besar kan pahalanya, so jom kita cuba amalkan =)-

Wednesday, September 7, 2011

.:JANGAN LEPASKAN PELUANG:.

Hadis Qudsi

"Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Tuhan kita turun pada setiap malam ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir dan berfirman,'Sesiapa yang berdoa kepada-Ku maka Aku memenuhinya. Sesiapa yang memohon kepada-Ku maka Aku akan memenuhinya. Sesiapa yang meminta ampun maka Aku mengampuninya.'"

(Riwayat al-BUkhari no 1094, Muslim no 1808, Abu Daud no.1317 dan lain-lain)

Monday, August 15, 2011

MEMATAHKAN HUJJAH YAHUDI


Assalamualaikum...

Kisah ini berkaitan dengan Iyas bin Mu'awiyah seseorang yang sangat bijaksana pada zaman pemerintahan Umar bin Abdul Aziz..

Pada suatu hari berkumpullah teman-temannya dari kalangan Yahudi.. Mereka sedang membincangkan masalah agama tanpa menyedari bahawa Iyas turut mendengarnya.

Guru Yahudi : Tidakkah kalian hairan dengan islam? Mereka berkata bahawa mereka akan makan disyurga sebanyak yang dikehendaki, namun tidak akan membuang air besar.

Iyas : Adakah semua makanan yang dimakan di dunia ini akan keluar dari tubuh?

Guru Yahudi : Tidak.

Iyas : Lantas ke mana perginya makanan yang tidak keluar itu?

Guru Yahudi : Ia bertukar menjadi zat untuk jasmani.

Iyas : Lantas mengapa kamu mengingkari bahawa makanan itu boleh kekal dalam tubuh? Jika makanan yang kita makan didunia sebahagiannya boleh diserap oleh tubuh maka tentulah tidak mustahil di syurga seluruhnya diserap oleh tubuh untuk menjadi zat jasmani.

Merasai bahawa dia telah tewas, guru tersebut memberikan isyarat tangan sambil berkata kepada Iyas : Semoga Allah mematikan kamu sebelum dewasa.
Sumber : Solusi isu 34..

Friday, August 12, 2011

5 BONUS KHAS RAMADAN

Jom jaga mata, telinga dan mulut daripada perkara yang menimbulkan kemurkaan Allah :)

Assalamualaikum..

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Umatku diberi lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika ramadan iaitu :

1) Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah.

2) Para malaikat beristighfar pada mereka sehingga mereka berbuka.

3) Allah memperindahkan syurga-Nya setiap hari dan berfirman :
'Hampir-hampir hamba-hamba-Ku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu.'(Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat).

4) Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiar lepas seperti pada bulan-bulan selain ramadan.

5) Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya)."

Mengenai bonus kelima ini, ada sahabat bertanya kepada baginda: " Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam lailatul qadar?" Baginda menjawab :"Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalannya." (Riwayat Ahmad).

sumber daripada : SOLUSI isu 34..

Thursday, August 4, 2011

BUAT RENUNGAN

Assalamualaikum..

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :

Soalan pertama
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat
Imam Ghazali :Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita
ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185).

Alia ada terbaca kata2 ni.. Kalau x salah dari majalah Solusi..
"Apabila seorang manusia itu dilahirkan, maka bermulalah perjalanannya menuju kematian"

Sama2 la kita muhasabah diri..
Wallahualam..

Monday, August 1, 2011

FADILAT SOLAT TARAWIH PALSU..

Assalamualaikum..

Memang tidak disangkal lagi, Solat Terawih tidak dapat dipisahkan dengan bulan puasa. Namun disebalik solat sunat ini, terdapat juga hadis palsu yang berbunyi:

Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

Dan seterusnya.

Untuk pengetahuan bersama, hadis ini telah dimansuhkan oleh pihak JAKIM Terengganu. Soalan ini pernah diajukan kepada tokoh-tokoh agama tanahair. Setelah disiasat dengan teliti (oleh orang yg lebih arif tentang agama), hadis ini tidak ada di dalam Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi.

Walaupun di dalam bulan puasa ini kita sibuk mengejar amalan, tetapi kita harus beringat, setiap ibadah yang kita lakukan ini, haruslah dibuat dengan penuh rasa ikhlas tanpa mengharapkan balasan.

Oleh itu, saya mengusulkan berita ini diperhebahkan lagi melalui blog, forum atauFave It (di Negaraku) agar kita semua dapat mengambil iktibar. Semua yg baik itu datang dari Allah, yg jahat itu, memang confirm aku lah.

“Sesiapa yang berdusta ke atasku (menggunakan namaku) dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka).

Amin.

rujukan :http://www.noktahhitam.com/portal-jakim-fadilat-solat-terawih-palsu.html


Wallahualam..


Aktiviti masa lapang di bulan Ramadhan..

Assalamualaikum sahabat semua..

Pernah dengar x cerita pasal yakjuj & makjuj? Alia percaya mesti dah pernah dengar kan? Tapi kan mesti ramai yang tertanya-tanya apakah yakjuj & makjuj itu? Samalah dengan Alia. Selalu tertanya-tanya. Apakah spesis yakjuj & makjuj itu. Haiwan atau manusia. Di manakah mereka tinggal? Sejak bilakah kali pertama mereka ditemui? Betulkah yakjuj & makjuj ini akan muncul untuk memusnahkan manusia? Banyak sangat persoalan yang bermain difikiran Alia.

Oleh sebab itulah, Alia membeli buku Yakjuj & Makjuj Bencana disebalik gunung tulisan Muhammad Alexander ni di JJ bukit raja. Dah beli buku ni dekat sebulan dah. Cuma masa x mengizinkan untuk membacanya. So, aktiviti masa lapang sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ni akan dihabiskan dengan membaca buku ini. Harap sangat segala persoalan yang bermain di fikiran Alia akan terungkai dengan membaca buku ini.

InsyaAllah, bila dah habis baca nanti Alia akan kongsikan cerita dia serba sedikit dengan sahabat semua. Ini adalah seiring dengan sabda Rasulullah s.a.w:

"Sebarkan ilmu walaupun sepoting ayat".



penulis buku yakjuj dan makjuj :
Muhammad Alexander

Wallahualam

Sunday, July 31, 2011

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan



Firman Allah s.w.t

” Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa.”

Sabda Rasulullah s.a.w

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan…”

.:Selamat menjalani ibadah puasa buat semua rakan-rakan.. Ampun dan maaf dipinta atas ketelanjuran kata, perbuatan dan sebagainya.. Semoga ramadhan kali ini menjadi titik permulaan untuk kita menjadi hamba Allah yang lebih bertaqwa.. Amin..:.

Ramadhan Kareem..









Friday, July 15, 2011

PENCIL AND ERASER


PENCIL:
I'm sorry
ERASER:
For what? You didn't do anything wrong.
PENCIL:
... I'm sorry because you get hurt because of me. Whenever I make a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.
ERASER:
That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad.

LESSON: Parents are like the eraser where as their children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes.Sometimes along the way they get hurt, and become smaller/older,and eventually pass on.
Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad….
However our parents are getting smaller and smaller each day…One day, all that we would be left with will be eraser shavings and memories of what we used to have.
Allah, Most Wise admonishes us: "Thy Lord hath decreed that ye worship none but Him, and that ye be kind to parents. Whether one or both of them attain old age in thy life, say not to them a word of contempt, nor repel them, but address them in terms of honour. And, out of kindness, lower to them the wing of humility, and say: My Lord! Bestow on them thy Mercy even as they cherished me in childhood."
(Quran-17:23) {L}

COPY FROM FB:CINTA ALLAH CINTA ABADI GROUP..

Monday, July 11, 2011

ZAHIR SUKA BATIN DUKA





Assalamualaikum..

Seringkali kita diuji oleh Allah. Bermacam-macam bentuk ujian yang telah diberikan Allah. Ini adalah semata-mata untuk menguji tahap kekuatan iman seseorang dalam menghadapi setiap ujian itu. Kadang-kadang ujian itu untuk hambanya yang leka agar ingat kembali tujuan hidupnya didunia yang hanyalah percaturan semata-mata ini. Ada jugak ujian yang diberikan Allah untuk menguji keimanan kita terhadap qada dan qadar dari Allah.

Pernah atau tidak kita menyembunyikan perasaan sedih kita cuma dihati dan cuba menzahirkan keceriaan dengan cuba sedaya upaya mempamerkan senyuman kepada orang disekeliling kita?Mampukah kita untuk melakukan perkara tersebut dalam jangka masa yang panjang? Kadang kala kita merasakan tersangat letih untuk melakukan perkara tersebut. Kadang kala kita merasakan mengapakah aku yang dipilih oleh Allah untuk diuji?

Sedarkah kita, kita sebagai makhluk ciptaanNya perlulah bersabar dan berusaha untuk menempuh setiap ujian yang diberikan Allah kepada kita. Walaupun kadang kala permintaan kita tidak dikabukan Allah, namun kita harus yakin bahawa semua itu adalah yang terbaik untuk kita. Allah pasti akan memberikan ganjaran kepada hambanya yang tabah dan sabar dalam menghadapi ujian dariNya.

Kita sebagai makhluknya, janganlah berputus asa untuk memohon kekuatan dariNya untuk menempuh ujian tersebut. Ingat Allah akan bersama dengan orang yang yakin akanNya. Kepada sesiapa yang diuji, panjatkan kesyukuran padaNya kerana masih menyayangi kita. Kerana apa? Ingatlah setiap yang diuji Allah itu ada hikmah yang tersirat disebaliknya...

Sunday, June 12, 2011

EGO SI KATAK





Seekor anak katak pulang ke pangkuan ayahnya dengan tercungapcungap.

"Ayah, saya baru pulang dari bermain di sawah padi. Saya jumpa seekor binatang namanya kerbau"

"Ah, apa yang nak dihairankan?" Kata bapa katak walaupun dia sendiri belum pernah berjumpa dan melihat kerbau.

"Kerbau sangat besar ayah"

"Ah, ada sebesar ini?" tanya bapa katak sambil mengembungkan perutnya.

"Tak ayah, lebih besar lagi."

"Ada sebesar ini?" Kata bapa katak itu sambil mengembungkan perutnya lagi.

Anaknya menggelengkan kepala. Bapanya geram dan marah.

"Ada sebesar ini?" Perutnya menjadi sangat besar dan nafasnya tercungap-cungap.

Anak katak terus menidakkannya. Bapa katak semakin marah dan perutnya dikembungkan lagi. Begitulah yang berlaku berulangkali sehingga........

Poooopppppp!!! Pecah perut bapa si katak tersebut hanya kerana hendak menandingai besarnya seekor kerbau.

pengajaran yang dapat daripada kisah ini;
Jangan terlalu ego,, merasa diri tahu segalanya. Kalo kita tidak mengetahui sesuatu perkara, rajin2 lah bertanya.

Sebenarnya banyak lagi pengajaran yang dapat kita perolehi.. Fikir-fikirkanlah :)

Kisah ni diambil dari majalah SOLUSI...


Saturday, June 11, 2011

RAHSIA SOLAT


Banyak sebenarnya fadilat kalo kita bersolat ni kan.. Bukan susah pun nak solat. Sekejap ja kan. Masa solat 2 la waktu kite dekat dengan kekasih kita, Allah. Setiap satu rukun solat yang kita buat 2 kan ada la fadilat dia.. Jom kita tengok apa fadilat solat 2..

1) Niat sembahyang
Sebenarnya memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat

2) Bardiri betul
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur

3) Takbir-ratul Ihram
SEbagai pelita yang memerangi kita di dalam kubur

4) Al-Fatihah
Sebagai pakaian indah di dalam kubur

5) Ruqu'
Sebagai tikar kita di dalam kubur

6) I'tidal
AKan memberi minumam air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur

7) Sujud
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM

8) Duduk antara dua sujud
Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur

9) Duduk antara dua sujud(akhir)
Menjadi kenderaan kita ketika dipadang Mahsyar

10) Tahiyat Akhir
Sebagai penjawab terhadap soalan yang dikemukakan oleh Munkar-Nankir

11) Selawat nabi
SEbagai pendinding api neraka di dalam kubur

12) Salam
Memelihara kita dikubur

13) Tertib
Akan pertemuan kita dengan Allah S.w.t

Dari Abdullah bin 'Amr R. A.,
Rasulullah S. A. W.bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu
sebab mengapa orang Yahudi /
Kafir tidak sukakan angka 13 dan
juga Hari Jumaat. Itulah sebab
mengapa mereka mencipta cerita yang
begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the
13th
" jika ada di kalangan kamu yang
perasan!!!"




ISLAM MENGANGKAT DARJAT WANITA


Hari ini saya ada baca satu artikel dari ILMI-ISLAM.com yang bertajuk islam mengangkat darjat wanita.. Bagaimana islam mengangkat darjat wanita? Hmm,, jom la kita baca sesama bagaimana agaknya darjat wanita nie diangkat..

ANAK PEREMPUAN MENJADI PENYELAMAT DIAKHIRAT

" Barang siapa yang menanggung dua anak perempuan, lalu berbuat baik kepada mereka, maka meraka akan menjadi tirai pencegah baginya dari api neraka." (Riwayat bukhari) Hal ini termasuk juga kepada sesiapa yang mempunya seorang anak perempuan dah lebih.


AMAL SOLEH WANITA DIIKTIRAF OLEH ALLAH SEBAGAIMANA AMAL SOLEH LELAKI DIIKTIRAF
" Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka mereka itu akan masuk kedalam syurga dan mereka tidak dianayai walau sedikit pun (Surah al-Nisa :124)

HAK WANITA DIIKTIRAF

"Pada zaman jahiliah kami tidak menghargai wanita walau sedikitpun. Tatkala Islam datang dan Allah menyebut-nyebut tentang mereka, barulah kami sedar bahawa mereka mempunyai hak ke atas kami." (Umar al-Khatab)

p/s: Bersyukurlah kita menjadi wanita. Lelaki pun patut bersyukur kerana banyak kelebihan yang Allah kurniakan kepada mereka. Sesungguhnya Allah itu maha Adil. BersyukurLah atas setiap apa yang dikurniakanNya. Amar Maaruf nahi Munkar :)




Wednesday, June 8, 2011

HATI KITA..




Hati yang kotor akan menyukarkan ilmu untuk menembusinya. Hidayah Allah juga sukar untuk meresap kedalam hati yang kotor itu. Maka sangat dituntut agar setiap orang untuk menyucikan hati yang bersih itu. Rasullullah bersabda :

"Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa dan harta kamu tapi melihat hati dan perbuatan kamu."
[Riwayat Muslim]

Bagaimana kita hendak menyucikan hati kita ??
Antara langkah-langkahnya ialah :

1) MEMUHASABAH DIRI
Melihat dalam diri kita, adakah kita memiliki penyakit hati.. Apa yang dimaksudkan dengan penyakit hati?? Antaranya ialah iri hati, riak, bongkak dan bersangka buruk. Jika kita memiliki simptom2 penyakit hati itu, maka perbaikinya lah..

2) MENGINGATI MATI
Setiap manusia pasti akan mati kan? Tidak akan ada manusia yang akan kekal di dunia ini.. Selalulah mengingati mati?? Sudah bersediakah kita untuk menghadapi sakaratul maut. Cuba fikirkan kembali berapa banyak dosa yang telah kita lakukan..

3) MENGHADIRI MAJLIS-MAJLIS ILMU
Dengan bertambahnya ilmu, maka hati kita akan semakin suci dan bersih seterusnya mendekatkan kita pada Ilahi. Majlis ilmu disifatkan Rasulullah sebagai taman-taman syurga. Maka tidak rugi kita meluangkan masa selama beberapa jam untuk menghadiri maklis ilmu, maka hati mudah untuk dibersihkan.

4)MEMOHON PADA ILAHI SUPAYA DIBERSIHKAN HATI KITA
Sesuatu tidak akan berlaku tanpa keizinan Allah. Maka selalulah kita bermohon dan bermunajat pada Allah supaya disucikan hati kita.

p/s : Kalau ada kelapangan sampaikan ilmu ini pada sahabat-sahabat kita yang lain. Kumpul dana kita untuk akhirat. Sampaikan ilmu walaupun sepotong ayat :)

sumber : SINERGI



Thursday, May 26, 2011

APA BEZANYA?


Assalamualaikum..
Hmm selalunya kan bila kita baca al-quran kan, mesti kita ternampak sama kat atas setiap surah 2 mesti tertulis sama ada surah makiyah atau madaniyah..

Mungkin kita pernah blajaq benda2 ni dulu.. Mungkin jugak kita ingat ataupun x ingat.. So kat sini, saya just nak kongsi apa bezanya kedua-dua surah tersebut.. Just untuk preview balik la apa yang kita dah blajaq masa sekolah2 dulu..

CIRI-CIRI SURAH MAKIYAH

1. Setiap surah ada tanda sajadah
2. Setiap surah yang didalamnya terdapat lafaz 'ya aiyuhannas'
3. Setiap surah yang memuatkan kisah para nabi dan umat-umat terdahulu.
4. Setiap surah yang memuatkan kisah tentang Adam, iblis serta surah al-Baqarah
5. Setiap surah yang diawali dengan surah tahji
contohnya 'aliflammim'

CIRI-CIRI SURAH MADANIYAH
1. Setiap surah yang memuatkan tentang suatu kewajipan dan hudud
2. Setiap surah yang menyebutkan tentang orang-orang munafik
3. Setiap surah yang memuatkan perdebatan alhi kitab
4. Setiap surah yang dimulai dengan 'yaayuhallazinaumanu'

Setakat ni la sahaja perkongsian saya untuk post2 ini.. Semoga dapat menambahkan ilmu untuk semua.. Kalo nak kongsi ngan sahabat2 yang lain sangatlah dialukan..

Assalamualaikum...


Wednesday, May 18, 2011

PERLU KE??


Assalamualaikum..

Perlu kah kita membaca al-Quran sedangkan,, kita tidak memahaminya sama sekali?? Apa faedahnya baca al-Quran?? Kalau baca ja x faham apa faedahnya pada kita nie??

Ada sebuah kisah yang saya baca daripada buku I Love Quran and you? tulisan Rizal Abdul Rahman yang nak dikongsikan dengan sahabat semua.. Lebih kurang macam nie la ceritanya..

Seorang muslim tua di Amerika bertahan hidup di suatu ladang di kawasan pergunungan sebelah timur negara tersebut bersama cucunya. Setiap pagi lelaki tua itu bangun lebih awal untuk membaca Quran dimeja makan didapurnya. Cucu lelaki ingi sekali menjadi seperti datuknya itu dan cuba menirunya dalam cara apapun semampunya.

Suatu hari cucunya bertanya,

Cucu :Datuk! aku cuba untuk membaca Al-Quran sepertimu namun aku tidak memahaminya, dan apa yang aku faham aku lupakan secepat aku menutup buku. Apakah kebaikan dari membaca Al-Quran?

Dengan tenang datuknya meletakkan arang didasar bakul, memutar sambil membuat lubang pada bakul tersebut sambil menjawab,

Datuk : Bawa bakul arang batu ini ke sungai dan bawa semula dengan dipenuhi air.

Maka cucunya melakukan seperti yang disuruh oleh datuknya tetapi semua air habis menitis sebelum tiba didepan rumahnya.

Lelaki tua itu tertawa dan berkata

Datuk : Lain kali kamu haruslah lakukan dengan cepat lagi.

Cucunya berlari lebih cepat namun tetap gagal untuk membawa bakul tersebut dengan dpenuhi air, bakul tersebut tetap kosong. Dia berkata kepada datukya,

Cucu : Mustahil saya dapat mambawa air sungai didalam bakul yang sudah bocor ini.

Datuk : Cucuku, cubalah melakukan apa yang aku perintahnya dengan lebih cepat lagi dari sebelumnya.

Cucunya menuruti apa yang disuruh oleh datuknya, namun tetap gagal untuk melakukannya. Dengan hampa cucunya berkata,

Cucu : Aku telah mencuba dengan sedaya upaya namun tetap gagal. Nyata sia-sia sahaja usahaku.

Datuk : Jadi kamu fikir kerja ini sia-sia? Cucuku lihatlah bakulnya.

Cucu tersebut menurut lalu melihat kedalam bakul tersebut dan untuk pertama kalinya dia menyedari bahawa bakul tersebut berbeza. Bakul itu telah berubah dari kotor dengan dengan menjadi bersih di luar dan didalam. Datuknya berkata,

Datuk : Cucuku, perkara seperti itulah yang terjadi ketika kamu membaca al-Quran. Kamu tidak memahami atau ingat segalanya, tetapi ketika kamu membacanya lagi kamu akan berubah luar dan dalam. Itulah kurniaan Allah dalam hidup kita.

Pengajaran yang dapat diperolah daripada cerita ini,

1) Walaupun kita tidak memahami maksud ayat al-Quran tersebut,, jika kita mambacanya, hati kita akan jadi bersih seperti bakul tadi yang pada mulanya kotor namun setelah beberapa kali dipenuhi air, bakul tu menjadi bersih.

2) Bacalah al-Quran sekurang-kurangnya sehelai setiap hari.

3) Amalkan membaca surah al-waqiah setiap hari selepas maghrib, InyaAllah akan dimurahkan rezeki dariNya.

Monday, May 16, 2011

PERJALANAN TERAKHIR SEORANG MANUSIA



Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

- Pemimpin yang adil.

- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.




Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
Sedekah/amal jariahnya.
Doa anak²nya yang soleh.
Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.