Monday, July 11, 2011

ZAHIR SUKA BATIN DUKA





Assalamualaikum..

Seringkali kita diuji oleh Allah. Bermacam-macam bentuk ujian yang telah diberikan Allah. Ini adalah semata-mata untuk menguji tahap kekuatan iman seseorang dalam menghadapi setiap ujian itu. Kadang-kadang ujian itu untuk hambanya yang leka agar ingat kembali tujuan hidupnya didunia yang hanyalah percaturan semata-mata ini. Ada jugak ujian yang diberikan Allah untuk menguji keimanan kita terhadap qada dan qadar dari Allah.

Pernah atau tidak kita menyembunyikan perasaan sedih kita cuma dihati dan cuba menzahirkan keceriaan dengan cuba sedaya upaya mempamerkan senyuman kepada orang disekeliling kita?Mampukah kita untuk melakukan perkara tersebut dalam jangka masa yang panjang? Kadang kala kita merasakan tersangat letih untuk melakukan perkara tersebut. Kadang kala kita merasakan mengapakah aku yang dipilih oleh Allah untuk diuji?

Sedarkah kita, kita sebagai makhluk ciptaanNya perlulah bersabar dan berusaha untuk menempuh setiap ujian yang diberikan Allah kepada kita. Walaupun kadang kala permintaan kita tidak dikabukan Allah, namun kita harus yakin bahawa semua itu adalah yang terbaik untuk kita. Allah pasti akan memberikan ganjaran kepada hambanya yang tabah dan sabar dalam menghadapi ujian dariNya.

Kita sebagai makhluknya, janganlah berputus asa untuk memohon kekuatan dariNya untuk menempuh ujian tersebut. Ingat Allah akan bersama dengan orang yang yakin akanNya. Kepada sesiapa yang diuji, panjatkan kesyukuran padaNya kerana masih menyayangi kita. Kerana apa? Ingatlah setiap yang diuji Allah itu ada hikmah yang tersirat disebaliknya...

No comments:

Post a Comment