Assalamualaikum...
Kisah ini berkaitan dengan Iyas bin Mu'awiyah seseorang yang sangat bijaksana pada zaman pemerintahan Umar bin Abdul Aziz..
Pada suatu hari berkumpullah teman-temannya dari kalangan Yahudi.. Mereka sedang membincangkan masalah agama tanpa menyedari bahawa Iyas turut mendengarnya.
Guru Yahudi : Tidakkah kalian hairan dengan islam? Mereka berkata bahawa mereka akan makan disyurga sebanyak yang dikehendaki, namun tidak akan membuang air besar.
Iyas : Adakah semua makanan yang dimakan di dunia ini akan keluar dari tubuh?
Guru Yahudi : Tidak.
Iyas : Lantas ke mana perginya makanan yang tidak keluar itu?
Guru Yahudi : Ia bertukar menjadi zat untuk jasmani.
Iyas : Lantas mengapa kamu mengingkari bahawa makanan itu boleh kekal dalam tubuh? Jika makanan yang kita makan didunia sebahagiannya boleh diserap oleh tubuh maka tentulah tidak mustahil di syurga seluruhnya diserap oleh tubuh untuk menjadi zat jasmani.
Merasai bahawa dia telah tewas, guru tersebut memberikan isyarat tangan sambil berkata kepada Iyas : Semoga Allah mematikan kamu sebelum dewasa.
Sumber : Solusi isu 34..
No comments:
Post a Comment