Friday, August 12, 2011

5 BONUS KHAS RAMADAN

Jom jaga mata, telinga dan mulut daripada perkara yang menimbulkan kemurkaan Allah :)

Assalamualaikum..

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Umatku diberi lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika ramadan iaitu :

1) Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah.

2) Para malaikat beristighfar pada mereka sehingga mereka berbuka.

3) Allah memperindahkan syurga-Nya setiap hari dan berfirman :
'Hampir-hampir hamba-hamba-Ku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu.'(Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat).

4) Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiar lepas seperti pada bulan-bulan selain ramadan.

5) Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya)."

Mengenai bonus kelima ini, ada sahabat bertanya kepada baginda: " Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam lailatul qadar?" Baginda menjawab :"Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalannya." (Riwayat Ahmad).

sumber daripada : SOLUSI isu 34..

No comments:

Post a Comment