Wednesday, March 9, 2011

PEMERGIANMU....

Pagi tadi,, terasa rindu sangat pada seseorang yang sangat hebat... Sangat sedih rasanya kerana dia telah pergi meninggalkan diriku.... Aku pown mendengar la lagu khas yang telah ditujukan kepadanya.. Lirik lagunya amat meruntun hatiku... Sungguh aku sangat-sangat merinduimu.. InsyaAllah aku akan berusaha meneruskan dan mengingati setiap pesananmu...
Insan tersebut ialah kekasih Allah,, Muhammad s.a.w..

PEMERGIANMU...

Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira?
Menunggu saat ketikanya
Di angkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusiakan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulullah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu

Tajuk Nasyid : Pemergianmu
Artis : Inteam
Album : Tiada lagi kasih

Sila hayatinya : http://www.youtube.com/watch?v=d19dLxQXqYI&feature=related







No comments:

Post a Comment