Assalamualaikum,
sumber gambar : google
Harini nk share sikit prosedur nk mohon berkahwin atau nikah. Yang ni untuk bakal pengantin sebelah perempuan. Borang ni kena submit sebulan sebelum tarikh cadang nikah. xleh hntaq awai.
Dokumen yang perlu ada :
1) Borang kuning
Borang kuning ni biasanya mintak dekat imam yang akan nikahkan pasangan tu nnt. Boleh la pi rumah imam tu untuk mintak borang kuning tu.
sumber dari google.
2) Borang am 2
Yang ni pun sama, boleh mintak dekat imam qariah kita tu.
Borang ni dalam jawi, tapi masa nk isi, isi dalam rumi pun boleh. Isi yang mana tau ja, yang x tau, nnt tnya imam tu balik, bukan apa takut silap isi.
sumber gambar : google
3) IC bakal pengantin perempuan
4) IC wali
5) IC saksi
kriteria saksi :
- lelaki
- xdak pertalian darah
6) Borang kebenaran kahwin dr pihak bakal pengantin lelaki
7) Sijil kursus kawin yang asal dan yang potostat
8) HIV test
9) Surat nikah mak ayah (ni kalau anak sulong)
Itu saja borang yang diperlukan.
Lepas dah isi semua borang tu, pi la mintak tolong imam tu semak.
Imam kat tempat aku ni baguih, sebab dia rajin semak.
IC aku, alamat rumah lama, jadi bukan alamat kat rumah skrg yg aku duduk, jadi imam tu suruh la tulis ayat kat potostat IC tu, ayat lebih kurang cam ni la,
'Saya .... telah menetap di qariah ini pada tahun ......'
Tapi panjang lagi syat dia, aku x ingat.
Nnt pas kita tulis ayat tu, imam tu akan cop, jadi imam tu kata nnt pi hntaq kat Jabatan Agama Islam, senang, depa dah x ragu2 dah, sbb dah dpt cop dr imam :)
Pas imam tu dah semak, boleh la hntaq borang tu pi jabatan Agama Islam. Kena bayaq RM 12. Nnt pegawai kat situ akan bg dua lagi borang, salah satunya borang ikrar. Tulis dalam Jawi cam biasa dan kita nk isi dlm rumi pun boleh.
Nnt ada ustaz kat situ akan panggil, n dia akan tnya :
'Pandai baca jawi?' Nasib baik la aku tahu baca jawi. Then bismillah, dan terus baca ikrar tu. pastu siap.
Tunggu seminggu, nnt boleh la pi ambik. Hantaq wakil pun xpa untuk ambik :)
kalau xpandai jawi macam mana yea?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete