Thursday, February 5, 2015

Resepi Churros aka Kuih Belimbing Simple Sangat

Assalamualaikum,



Churros apa tu churros. Kalau bahasa melayu, kita panggil kuih ni kuih belimbing. Sbb apa belimbing? Kite rasa la mungkin sbb bentuk dia kot. So, baru2 ni aku ada try wat churros pula. Cewah, nk jugak guna perkataan churros tu, eh bukan nk glemer, tp sebab pendek sikit nk tulis. nmpak x pemalas kat situ. pemalas nk taip. eh?
So, back to the first intention, sebenarnya kite nk share resepi ni.
Mudah je.

Bahan-bahan yang diperlukan :


  • 1 setengah cawan tepung gandum 
  • 1 sudu besar marjerin 
  • Secawan air
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula
  • 1 biji telur


Cara-caranya:


  • Panaskan air dan masukkan gula dan garam, tunggu sehingga marjerin cair
  • Perlahankan api dan masukkan tepung dan kacau sehingga semua bahan sebati
  • Tutupkan api dan biarkan adunan tadi sejuk sedikit
  • Masukkan telur dan esen vanilla kedalam adunan tadi dan kacau lagi sehingga sebati.




  • Gunakan piping bag dan nozzle untuk membentukkan kuih tersebut. Taburkan sedikit tepung kedalam talam dan pipingkan seperti gambar dibawah :



  • Panaskan minyak dan bolehlah menggoreng sehingga warna bertukar menjadi kekokoan? eh boleh ke ayat cam tu. Apa2 la. hehe.


Dah siap dan bolehlah dihidang bersama coklat. Kite pakai nutella je.

Selamat mencuba :)



No comments:

Post a Comment