Pada suatu hari, Omar Al-Khatab sedang bersiar-siar di lorong-lorong dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak dengan pemuda yang membawa kendi. Pemuda itu menyembunyikan kendi itu di dalam kain sarung yang diselimutkan di belakangnya. Timbul syak di hati Omar AL-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas bertanya, "Apa yang engkau bawa itu?" Kerana panik sebab takut dimarahi Omar yang terkenal dengan ketegasan, pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar iaitu benda yang dibawanya ialah madu. Walhal benda itu ialah khamar. Dalam keadaannya yang bercakap bohong itu pemuda tadi sebenarnya ingin berhenti dari terus minum arak. Dia sesungguhnya telah menyesal dan insaf dan menyesal melakukan perbuatan yang ditegah oleh agama itu. Dalam penyesalan itu dia berdoa kepada Tuhan supaya Omar Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi kendinya yang ditegah oleh agama itu.
Pemuda itu masih menunggu sebarang kata-kata Khalifah, "Kendi ini berisikan madu." Kerana tidak percaya, Khalifah Omar ingin melihat sendiri isi kendi itu. Rupanya doa pemuda itu telah dimakbulkan oleh Allah s.w.t. seketika itu juga telah menukarkan isi kendi itu kepada madu. Begitu dia berniat untuk bertaubat, dan Tuhan memberikan hidayah, sehingga niatnya yang ikhlas, ia terhindar dari pergolakan Khalifah Omar Al-Khatab, yang mungkin membahayakan pada dirinya sendiri kalau kendi itu masih berisi khamar.
Allah Taala berfirman:, "Seteguk khamar diminum maka tidak diterima Allah amal fardhu dan sunatnya selama tiga hari. Dan sesiapa yang minum khamar segelas, maka Allah Taala tidak menerima solatnya selama empat puluh hari. Dan orang yang tetap minum khamar, maka selayaknya Allah memberinya dari 'Nahrul Khabal'.
Ketika ditanya, "Ya Rasulullah, apakah Nahrul Khabal itu ?" Jawab Rasulullah s.a.w., "Darah bercampur nanah orang ahli neraka ! "
Sunday, February 20, 2011
NIAT TAUBAT MENUKAR ARAK MENJADI MADU
Friday, February 18, 2011
Rasulullah SAW dengan sebiji limau.
"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
indah sungguh pekerti Rasulullah :)
Thursday, February 3, 2011
Kata yang sangat bermakna dari my lovely mom :)
::Kita akan menghargai seseorang bila kita kehilangannya::
Wednesday, February 2, 2011
Exercise :)
shuttle cock :)
Majulah sukan untuk negara..
(xdak kena mengena :P)
Cuti-cuti nie setiap petang akan menghabiskan masa dengan familiku yang tersayang ayah, mak, abang, adik dan aku dengan bermain badminton.. Ni la first time abang join kami main sebab dia selalu bz... xsempat nak baik cuti.. So, disebabkan dia dah lama xexercise,, jadi dia cepatlah semput berbanding ngan kami semua yang selalu berman nie.. hehe..Rasa seronok sangat,, sampai berpeluh-peluh kami main.. Dengan sagala skill yang kami ada,, kami saing menyaingi antara satu sama lain.. Tengok ekspresi dan mimik muka masing2 semasa bermain badminton sangat melucukan.. yelah dengan mulut herotnya, dengan geak ketawnya.. hahaha.. Sampai keluar air mata aku ketawakan mereka terutama abangku.. Memang lawak sangat muka dia.. hehehe.. Kalo la aku pegang kamera masa 2,, mesti aku dah rakan dah.. Esok kita main lagi ye.. :)
Majulah sukan untuk negara..
(xdak kena mengena :P)
Tuesday, February 1, 2011
Yang mana satu??
Sebelum aku balik ke Kedah hari tu dalam 28 haribulan januari,, Kak Ada iaitu ketua kumpulan usrah aku ajak la berjumpa wat kali pertamanya.. Banyak la jugak ilmu yang dia kongsi dengan kami seusrah.. Salah satunya kan aku tertarik dengan isu nie..
Kalo kita berada dalam situasi dimana ada seorang sahabat kita nak pinjam duit dan ada seorang peminta sedekah nak mintak sedekah kat kita dalam masa yang sama,, yang mana satu kita perlu dahulukan, maksudnya nak bagi duit 2 dekat sahabat kita atau kat peminta sedekah 2??Duit kita 2 hanya cukup untuk salah seorang daripada mereka ja..Pernah x kawan2 terfilir??Orang yang paling layak dapat duit kita 2 kan ialah sahabat kita 2... nak tau kenapa?? sebabnya kan sahabat kita 2 kan dah merendahkan maruah dia sehingga sanggup minta pinjam duit ka kita,, sebab dia dah xdak jalan len lagi dah.. Bayangkan macam mana malunya dia nak mintak pinjam duit kat kita kan.. Kalo nak bagi duit kat peminta sedekah 2 dah len kira.. Mesti semua tertanya-tanya kenapa pulak kan?? Yelah dah memang kerja orang yang minta sedekah 2 meminta sedekah kat orang.. So jika nak dibandingkan antara dua orang tersebut,, maka wajarlah sahabat kita 2 yang perlu kita tolong dahulu..
Sekian sedikit perkongsian ilmu disini :)
Sekian sedikit perkongsian ilmu disini :)
Subscribe to:
Posts (Atom)