Monday, January 31, 2011

BuDi..


Hmm,, kenapa aku memilih tajuk nie??
Seorang kawan aku yang telah membuatkan aku terfikir pasal 'budi'. berat bunyinya kan?? i2 la,, selepas berbual-bual dengannya, kini aku sedar aku telah banyak termakan budi dengan semua orang yang telah melakukan kebaikan mahupun keburukan kepadaku..

Bagaimana yang dikatakan termakan budi dengan orang yang berbuat baik 2 kan?? Yelah kan dah orang melakukan kebaikan kepada kita,, mestilah kita termakan budi dengannya. Bagaimana pula dengan dikatakan termakan budi dengan orang yang berbuat jahat kepada kita?? Emm mungkin ramai yang tidak terfikir kan?? Pada pendapat aku lah kan,, kita jugak termakan budi ngan orang yang buat jahat kepada kita melalui cara kita tabah menghadapi segala perbuatan buruk yang dilakukannya kepada kita.. Orang yang berbuat jahat kepada kita jugakkan, telah mendekatkan kita kepada ilahai..bagaimana??? Sudah tentu apabila kita ditimpa musibah,, kita memohon pertolongan kepada Allah bukn.. Justeru itu berterima kasihla kepada semua orang yang melakukan sama ada kebaikan mahupun keburukan kepada kita :)

Adakah kita telah membalas semua budi yang telah dilakukannya kepada kita?? Mungkin betul jugak kata kawanku 2,, xmahu sangat mintak tolong orang nanti takut xterbalas budi baiknya.. Betul jugak kan?? Hmm,, oleh itu aku pown mendapat pengajaran daripadanya,, iaitu try menyelesaikan masalah kita itu sendiri.. kalo sangat2 x mampu,, barulah minta tolong kepada orang lain kan.. Kalau orang yang minta tolong kepada kita,, tolonglah dia dengan seikhlas hati.. Jangan minta dibalas budi kita balik taw :)


nie ha pantun sikit..

pisang emas dibawa belayar,
masak sebiji diatas peti,
hutang emas boleh dibayar,
hutang budi dibawa mati :)

No comments:

Post a Comment