Sunday, January 30, 2011

Amalan sunat hari jumaat


ingat taw :)


1) Perbanyakkan selawat kepada Rasulullah s.a.w
Sabda baginda, maksudnya : "Perbanyakkan selawat kepadaku pada hari jumaat dan malam jumaat. Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat dan memberikan salam kepadanya 10 kali" (Riwayat al-Bahaqi)

2) Membaca surah al-Kahfi
Abu Sa'id meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ia akan diterangi oleh cahaya antara hari Jumaat."(Riwayat al-Nasa'i dan al-Baihaqi.

3)Mandi sunat, berhias, bersiwak dan memakai wangian
Daripada Ibn Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :" Sesungguhnya hari ini (Jumaat) ialah hari Raya yang Allah jadikan untuk muslimin. Sesiapa yang mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah ia mandi. Jika ia memiliki minyak wangi, maka hendaklah ia memakainya. Hendaklah pula kalian bersiwak." (Riwayat Ibn Majah dengan sanad hasan)

4)Bersegera menghadiri solat jumaat
Malah terdapat ganjaran yang berbeza bagi orang yang bersegera kemasjid pada hari Jumaat berdasarkan hadis riwayat Abu Hurairah daripada Rasulullah s.a.w, yang diringkaskan seperti berikut :
Waktu masuk Seolah-olah berkorban

*awal waktu : seekor unta
*waktu kedua : seekor lembu

*waktu ketiga : seekor kambing kibas

*waktu keempat : seekor ayam

*waktu terakhir : sebiji telur


yang mana satu menjadi pilihan???

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
Sedekah/amal jariahnya.
Doa anak²nya yang soleh.
Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


1 comment: