Monday, January 31, 2011

Si Siput Comel :)


Siapakah gerangan si siput yang comel nie?? Macam mana dia leh dapat nama nie??
kalo semua nak tahu,, dia yang stat panggil aku kura2 dulu.. nak tahu sebab apa?? sebab aku lambat reply comment dia kat fb.. so, bila dia lambat reply plak,, aku panggil la dia siput.. hahaha.. padan muka dia.. 2 la sapa suruh panggil aku siput lagi kan :P

Macam mana aku leh kenal dia,, haa agak2 kawan2 semua la mana mana ek?? Kalo semua nak tahu dia add aku kat fb,, then rajin plak teguq2 aku kat fb.. Aku pown layan la dia.. Suka jugak sembang2 ngan dia nie.. Lawak jugak la orangnya.. Dia ni kawan kepada adik aku sebenarnya.. Makin lama kami makin rapat.. Asal aku on9 ja,, dia mesti taguq ku kat chat.. (Rindu kat aku la 2).. 2 yang teguq 2..

Tadi duk sembang2 ngan dia,, dia duk suruh aku cita pasai dia kat blog aku nie,, disebabkan dia nak upah asih sayang kat aku berupa 'kasih sasih sayang seorang adik pompuan' aku pown nak la..Almaklumla aku nie xdak adik pompuan..

Dia pown sibuk ja nak wat blog.. Tiru ja reja dia nie.. (padahal,, aku yang suruh dia buat).. hahaha.. Dia baru nak stat berblog hari nie.. Aku nak lihat hasil blog dia bila dah siap nanti.. Aku pown x penah jumpa dia lagi,, reja duk sembang kat fb ja.. InsyaAllah nanti kalo ada jodoh,, berjumpa lah kami..

p/s : Terima kasih dik sebab sebab rajin teguq kak kat fb.. Best dapat kenal nganmu wahai asaka nikiti.. hehehe :)

lagi satu p/s: tengok gambaq dia 2,, kat kedai pown leh jadi reja bergambaq.. memang gila kamera sungguh..
hahaha


BuDi..


Hmm,, kenapa aku memilih tajuk nie??
Seorang kawan aku yang telah membuatkan aku terfikir pasal 'budi'. berat bunyinya kan?? i2 la,, selepas berbual-bual dengannya, kini aku sedar aku telah banyak termakan budi dengan semua orang yang telah melakukan kebaikan mahupun keburukan kepadaku..

Bagaimana yang dikatakan termakan budi dengan orang yang berbuat baik 2 kan?? Yelah kan dah orang melakukan kebaikan kepada kita,, mestilah kita termakan budi dengannya. Bagaimana pula dengan dikatakan termakan budi dengan orang yang berbuat jahat kepada kita?? Emm mungkin ramai yang tidak terfikir kan?? Pada pendapat aku lah kan,, kita jugak termakan budi ngan orang yang buat jahat kepada kita melalui cara kita tabah menghadapi segala perbuatan buruk yang dilakukannya kepada kita.. Orang yang berbuat jahat kepada kita jugakkan, telah mendekatkan kita kepada ilahai..bagaimana??? Sudah tentu apabila kita ditimpa musibah,, kita memohon pertolongan kepada Allah bukn.. Justeru itu berterima kasihla kepada semua orang yang melakukan sama ada kebaikan mahupun keburukan kepada kita :)

Adakah kita telah membalas semua budi yang telah dilakukannya kepada kita?? Mungkin betul jugak kata kawanku 2,, xmahu sangat mintak tolong orang nanti takut xterbalas budi baiknya.. Betul jugak kan?? Hmm,, oleh itu aku pown mendapat pengajaran daripadanya,, iaitu try menyelesaikan masalah kita itu sendiri.. kalo sangat2 x mampu,, barulah minta tolong kepada orang lain kan.. Kalau orang yang minta tolong kepada kita,, tolonglah dia dengan seikhlas hati.. Jangan minta dibalas budi kita balik taw :)


nie ha pantun sikit..

pisang emas dibawa belayar,
masak sebiji diatas peti,
hutang emas boleh dibayar,
hutang budi dibawa mati :)

Sunday, January 30, 2011

Teka teki teka tekuk (^_^)


Teka-teki: Hitam dan berpeluh.. HA.. Ape2??
Jawapan: semut hitam tengah berjogging.. huhuhu

Teka-teki: Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi?
Jawapan: Kuih lepat liat la sebab kapal terbang sampai langit je, tapi kuih lepat sampai lelangit!

Teka-teki: Banyak2 kotak, kotak apa yang takleh angkat?
Jawapan: Kotak penalti lah.. wawawa!

Teka-teki: Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar???
Teka.. teka.. kalo terer!
Jawapan: Selipar mana boleh buat gali tanah, guna cangkul lar hue hue hue!!

Teka-teki: 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
Jawapan: Koboi naik kuda bawak ayam.

Teka-teki: Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.
Jawapan: lilin masa sambut EPI BESDAY

Teka-teki: Scorpion kaler apa?
Jawapan: Kala jengking lah.. senang pun takleh nak jawab!

Teka-teki: Dalam banyak2 kera, kera ape yang pandai menaip???
Jawapan: Kerani

Teka-teki: Ada sorang imam, tengah semahyang pastu ada sekor anjing lalu kat depan dia. Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG IMAM TU???
Jawapan: Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!

Teka-teki: 4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi nape tak basah langsung??
Jawapan: Sebab tak hujan aduhai! Dahlah malaslah nak tanya lagi soalan bebudak pun takleh nak jawab!!

Cerita kelakar :P


Seorang pengurus sebuah Zoo mendapat panggilan telefon mengenai kematian seekor gajah di Zoo tersebut. Sebagai langkah pemeriksaan, pengurus tersebut telah pergi ke kandang gajah tersebut dan mendapati ada seorang lelaki menangis bersebelahan dengan bangkai gajah tersebut.

Pengurus : Sebagai penjaga gajah, saya faham kesedihan yang kamu tanggung kerana apabila haiwan yang kita bela sudah mati.

Lelaki : Saya bukan penjaga gajah ini, tuan. Tetapi sayalah yang ditugaskan untuk menggali kubur dan menanamnya.



Amalan sunat hari jumaat


ingat taw :)


1) Perbanyakkan selawat kepada Rasulullah s.a.w
Sabda baginda, maksudnya : "Perbanyakkan selawat kepadaku pada hari jumaat dan malam jumaat. Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat dan memberikan salam kepadanya 10 kali" (Riwayat al-Bahaqi)

2) Membaca surah al-Kahfi
Abu Sa'id meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ia akan diterangi oleh cahaya antara hari Jumaat."(Riwayat al-Nasa'i dan al-Baihaqi.

3)Mandi sunat, berhias, bersiwak dan memakai wangian
Daripada Ibn Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :" Sesungguhnya hari ini (Jumaat) ialah hari Raya yang Allah jadikan untuk muslimin. Sesiapa yang mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah ia mandi. Jika ia memiliki minyak wangi, maka hendaklah ia memakainya. Hendaklah pula kalian bersiwak." (Riwayat Ibn Majah dengan sanad hasan)

4)Bersegera menghadiri solat jumaat
Malah terdapat ganjaran yang berbeza bagi orang yang bersegera kemasjid pada hari Jumaat berdasarkan hadis riwayat Abu Hurairah daripada Rasulullah s.a.w, yang diringkaskan seperti berikut :
Waktu masuk Seolah-olah berkorban

*awal waktu : seekor unta
*waktu kedua : seekor lembu

*waktu ketiga : seekor kambing kibas

*waktu keempat : seekor ayam

*waktu terakhir : sebiji telur


yang mana satu menjadi pilihan???

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
Sedekah/amal jariahnya.
Doa anak²nya yang soleh.
Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


Inspiratin song C:


Semua manusia iaitu khalifah Allah di muka bumi nie pasti akan diuji oleh Allah kan,, oleh i2 kita mesti la tabah mengahadapiNya.. Sebab apa kan?? Sebabnya Allah x akan menimpakan ujian kepada makhluknya yang xdapat mengatasi ujian i2.. Oleh itu sebagai orang yang terpilih,, yang diuji oleh Allah kita haruslah bersyukur.. Kalo semua nak tahu kan,, ni lah lagu yang paling aku gemari.. Lirik lagu nie,, memang sangat2 memberi inspirasi kepada aku untuk menenangkan hai semasa menimpa ujian dariNya..




Rahmat Ujian

Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com


Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

c/o
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

c/o

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

repeat c/o 2x

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

p/s : kawan2 pown boleh dengarkan lagu nie masa ditimpa ujian oleh Allah InsyaAllah tenang hati nant :)

Saturday, January 29, 2011

Saya budak baru belajar..


Assalamualaikum..

Kalo semua nak tahu,, ni lah 1st time aku cuba jinak-jinakkan diri dengan blog nie.. Sebelum nie aku just baca blog orang je.. hehehe... dah lama dah teringin nak wat blog nie.. Tapi macam2 halangan la.. Ni hari ni dah ada masa lapang, aku try la create blog aku sendiri.. Susah benar aku guna semua application yang ada kat blog nie.. Maklumla aku nie buta It sikit (ye ke sikit,, cam banyak je).. hahaha.. Banyak benda dan ilmu yang nak aku kongsikan dengan semua.. Tapi slow2 la kan.. Maklumla ,yang first post aku nie pown,, terkial- kial jugak aku nak cari cam na nak guna.. hai memang la buta It sangat2.. hahaha.. Apa2 pown harap semua kawan2 dapat tunjukkan aku cara2 nak berblog nie..

ni ha ada pantun skit..
(cewahhh dan lagi 2 nak pantun... hehehe )

buah cempedah di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budah baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan :)