Wednesday, September 5, 2012

Sahabat :)

Assalamualaikum...









Pertama sekali, nak ucap syukur alhamdulillah kepada Allah... Terima kasih ya Allah.. Allah telah membuka jalan untuk aku dan sahabat aku.. Aku sangat bersyukur kehadrat mu ya Ilahi.


Petang tadi, sahabat aku datang rumah. Aku menyambut sahabatku.. Kami berborak-borak dan aku menerangkan segalanya kepada sahabatku itu agar dia tidak salah faham. Banyak yang aku terangkan, akhirnya dia dapat tersenyum semula. Alhamdulillah. Datangnya sahabatku sebenarnya bertujuan untuk memberi al-mathurat kepadaku. Nak tahu tak, yang paling mengharukan aku, walaupun al-mathurat itu adalah benda yang paling dia sayang, namun dia amanahkan aku untuk menjaganya. InsyaAllah aku akan cuba menjaganya dan amalkan membacanya. Ya Allah istiqamahkan aku..

Lepas berborak dalam keretanya, aku mengajak dia masuk ke rumah. Lama dia berada di bilikku. Banyak benda yang diceritakan olehnya padaku. Katanya, dia tidak tahu mengapa aku wujud dalam hatinya. Dia sangat sayang pada aku. Aku pun tidak tahu, mengapa jadi begitu. Katanya juga, dia suka berada dirumahku, tenang dan dia rasa selesa sangat. Alhamdulillah dia boleh rasa begitu.

Setelah lama berborak, baru aku tahu, selama ini banyak yang masalah yang dipendamnya sendirian. Berat sangat ujian yang terpaksa dipikul olehnya. Ya Allah tabahkan dan cekalkanlah sahabatku dalam menempuh ujianmu ya Allah.

Baru hari ini aku tahu, sahabatku itu ada penyakit. Ya Allah. Berat, berat sungguh ujianmu terhadapnya. Kuatkanlah dia ya Allah dalam menempuh setiap ujianmu. Aku sayang sangat akan sahabatku itu ya Allah. kau sembuhkanlah dia ya Allah...:(

Setelah itu, lama sahabatku itu menangis dibahuku. Ya Allah. Tidak dapat aku ceritakan bagaimana sebaknya aku pada masa itu. Kalau boleh kau berilah ujian yang ditimpanya kepadaku. Kau ringankanlah bebannya ya Allah.

Setelah dia tenang, aku cuba sedaya upaya. Kataku padanya, kalau ada apa-apa masalah, cerita sahaja pada aku. Walaupun aku tidak dapat menyelesaikan masalahnya, sekurang-kurangnya masalah yang dipendamkan terluah dan mungkin itu dapat meringankan beban yang ditanggungnya selama ini.


Aku rasa menyesal sangat tidak melayan sahabat itu dengan betul-betul. Maafkan aku sahabat. InsyaAllah, aku akan cuba sedaya upaya untuk membahagaikanmu sahabatku. Aku sayang kepadamu sahabatku. Moga, ikatan yang dibina ini, dapat mendekatkan aku dan sahabatku itu kepadamu ya Allah.

ukhuwah fillah abadan abada :)

2 comments:

  1. Baca ni teringat saya pada arwah sahabat saya. Ukhwah lillah taala ni rasa ni kuat di jiwa. Semoga Allah berkati akak dan sahabat akak. =)

    ReplyDelete