Thursday, September 6, 2012

Dhuha...




" Ya Allah bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhaMu,
kecantikan itu ialah kecantikanMu,
keindahan itu ialah keindahanMu,
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu,
dan perlindungan itu perlindunganMu."

"Ya Allah jika rezeki itu masih dilangit, turunkanlah,
dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, mudahkanlah.
jika haram sucikanlah.
jika masih jauh dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu,
limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh"

Wednesday, September 5, 2012

Sahabat :)

Assalamualaikum...









Pertama sekali, nak ucap syukur alhamdulillah kepada Allah... Terima kasih ya Allah.. Allah telah membuka jalan untuk aku dan sahabat aku.. Aku sangat bersyukur kehadrat mu ya Ilahi.


Petang tadi, sahabat aku datang rumah. Aku menyambut sahabatku.. Kami berborak-borak dan aku menerangkan segalanya kepada sahabatku itu agar dia tidak salah faham. Banyak yang aku terangkan, akhirnya dia dapat tersenyum semula. Alhamdulillah. Datangnya sahabatku sebenarnya bertujuan untuk memberi al-mathurat kepadaku. Nak tahu tak, yang paling mengharukan aku, walaupun al-mathurat itu adalah benda yang paling dia sayang, namun dia amanahkan aku untuk menjaganya. InsyaAllah aku akan cuba menjaganya dan amalkan membacanya. Ya Allah istiqamahkan aku..

Lepas berborak dalam keretanya, aku mengajak dia masuk ke rumah. Lama dia berada di bilikku. Banyak benda yang diceritakan olehnya padaku. Katanya, dia tidak tahu mengapa aku wujud dalam hatinya. Dia sangat sayang pada aku. Aku pun tidak tahu, mengapa jadi begitu. Katanya juga, dia suka berada dirumahku, tenang dan dia rasa selesa sangat. Alhamdulillah dia boleh rasa begitu.

Setelah lama berborak, baru aku tahu, selama ini banyak yang masalah yang dipendamnya sendirian. Berat sangat ujian yang terpaksa dipikul olehnya. Ya Allah tabahkan dan cekalkanlah sahabatku dalam menempuh ujianmu ya Allah.

Baru hari ini aku tahu, sahabatku itu ada penyakit. Ya Allah. Berat, berat sungguh ujianmu terhadapnya. Kuatkanlah dia ya Allah dalam menempuh setiap ujianmu. Aku sayang sangat akan sahabatku itu ya Allah. kau sembuhkanlah dia ya Allah...:(

Setelah itu, lama sahabatku itu menangis dibahuku. Ya Allah. Tidak dapat aku ceritakan bagaimana sebaknya aku pada masa itu. Kalau boleh kau berilah ujian yang ditimpanya kepadaku. Kau ringankanlah bebannya ya Allah.

Setelah dia tenang, aku cuba sedaya upaya. Kataku padanya, kalau ada apa-apa masalah, cerita sahaja pada aku. Walaupun aku tidak dapat menyelesaikan masalahnya, sekurang-kurangnya masalah yang dipendamkan terluah dan mungkin itu dapat meringankan beban yang ditanggungnya selama ini.


Aku rasa menyesal sangat tidak melayan sahabat itu dengan betul-betul. Maafkan aku sahabat. InsyaAllah, aku akan cuba sedaya upaya untuk membahagaikanmu sahabatku. Aku sayang kepadamu sahabatku. Moga, ikatan yang dibina ini, dapat mendekatkan aku dan sahabatku itu kepadamu ya Allah.

ukhuwah fillah abadan abada :)

Tuesday, September 4, 2012

Sahabat :'(



Sahabat..

Baru2 ini, aku telah bertemu kembali dengan sahabatku yang dah bertahun-tahun x bertemu. Alhamdulillah Allah telah menemukan kami semula.Aku rasa sayang, seronok sangat bila dapat bertemu dengan dia. Banyak masalah yang selama ini telah dia pendam dia ceritakan padaku. Alhamdulillah walaupunaku tidak dapat menyelesaikan masalah dia, namun aku dapat menenangkan hatinya. Rasa sayang sangat akan sahabatku itu. Sahabatku ini selalu mengingatkan aku tentang solat dhuha, amalkan al-mulk, al mathurat. Aku rasa dia sangat-sangat mendekatkan diri aku kepadamu ya Allah. Ya Allah terima kasih kurniakan aku sahabat yang dapat mendekatkan diri aku padamu ya Allah.

Sahabatku ini selalu contact aku melalui mesej ataupun menelefon aku. Aku rasa disayangi. Namun, aku bukanlah seorang yang selalu dengan phone aku. Acapkali dia mesej aku, lambat aku reply. Disebabkan aku kurang alert dengan phone aku. Berkali-kali sahabatku itu menangis disebab aku tidak dapat memberi layanan kepada dia seperti yang diharapkan. Minta maaf sahabat, bukan aku sengaja buat begitu. Aku telah cuba untuk memberi layanan seperti yang dia harapkan, namaun aku gagal. Aku bukanlah sahabat yang baik :'(


Semalam, berkali-kali dia mesej dan call aku, namun sunyi... Aku tidak membalas atau respond pun terhadap mesej dan call sahabatku itu. Aku perlukan masa untuk bersendirian, masa untuk berfikir, masa untuk muhasabah diriku yang lemah ini, adakah aku mampu membuatkan sahabtku itu gembira. Aku tidak mahu mnegecewakan dan membuat sahabatku menangis lagi disebabkan aku. Aku tidak mampu melihat atau mendengar dia menangis lagi ya Allah :'( Pagi tadi, aku meluahkan apa yang kurasa. Aku memberi tahu dia bahawa aku tidak dapat memberi layanan kepadanya seperti yang dia harapkan. Aku minta maaf sekiranya lambat membalas mesejnya.Setelah itu, dia call aku.. Dia menagis lagi. Ya Allah, sebaknya hati aku mendengar orang yang aku sayang menangis. Maafkan aku sahabat, kerana telah berkali-kali membuatmu menangis.


Aku mesej begitu, bukan bererti aku nak putuskan persahabatan kami. Aku cuma takut, aku tidak dapat contact dengan dia selalu nanti bila aku dah start semester baru. Aku minta maaf sahabat, telah berkali-kali aku menghancurkan hatimu. berkali-kali juga telah kau luahkan bahawa kau sayang padaku. Aku juga sayang kepadamu wahai sahabat. Namun, semuanya tidak terluah dari bibirku. Sebak sangat hatiku.

Sahabatku cakap, jangan berikan dia apa-apa harapan lagi padanya. Dia telah kecewa dengan aku. Aku tidak tahu, apa harapan yang telah aku beri kepadanya. Sungguh aku tidak tahu ya Allah. Sahabatku jugak cakap, tolong doa agar dia dapat melupakan aku. Ya Allah, kenapa cakap begitu sahabatku. Sedih sangat hati aku sahabat. Aku tidak mampu berdoa begitu sahabat. Aku sayang akanmu sahabatku.

Tetapi jika itulah yang terbaik untukmu sahabat, aku sanggup. Maafkan aku tidak dapat menjadi sahabatmu seperti yang kau harapkan. Aku harap, kau bahagia. Ya Allah, jika dengan cara melupakan aku akan membuatkan dirimu lebih tenang, kau hilangkanlah ingatannya tentang diriku dalam diri sahabatku itu. Namun, jika tidak, kau berikanlah petunjuk kepadaku agar aku dapat melapangkan, memberi senyuman kepadanya semula. Aku takut dan sedih mendengar tangisan sahabatku. Aku sangat- sangat sayang akan sahabtku itu.

Ya Allah kau berikanlah jalan yang terbaik untuk kami berdua :(

Sembunyi...