Ni ada sedikit perkongsian.. Semalam bertarikh 7 ogos barang aku hilang.. nak tahu x apa?? haa kunci kepada laptop.. Aku sedar barang 2 hilang sebelum berbuka puasa.. Memang tuhan saja yang tahu betapa risaunya hati aku.. Terfikir macam mana la nak bukak kunci kat laptop 2. Dah la aku kunci dekat katil.. Memang hati x tenang sangat..
Masa bukak puasa 2 aku makan sikit sangat sebab x da selera.. Sebabnya, badan x sihat(demam) + risau kunci 2 x jumpa lagi.. Lepas ja bukak puasa 2, aku pun cari la mana kunci 2.. habih setiap penjuru bilik aku cari.. namun, xjumpa juga.. Rasa macam nak nangis pun ada.. huhuhu... Hati ni pun fikir ni ujian untuk aku..
Pastu teringat satu ayat ni dari ustaz Pahrol
" Hidup adalah untuk diuji. Ujian itu tidak akan ada hentinya. Selagi kita diuji, selagi itulah kita masih hidup. Jadi bersyukurlah… Ujian itulah jalan untuk kita mengenal Allah. Allah ‘memperkenalkan’ Dirinya di sebalik semua ujianNya. Pada ujian sakit, Allah kenalkan Dirinya yang Maha Penyembuh. Pada ujian miskin, Allah perkenalkan diriNya yang Maha Kaya. Pada ujian fitnah, Allah sedang memperkenalkan diriNya yang Maha Penyabar…"
(Us. Pahrol )
Hmm tenang sikit hati. Pastu dah cari kunci 2 x jumpa2, aku pun google la cam mana nak cari barang yang hilang.. Pastu jumpa doa ni dari satu blog :
"Ya Allah Tuhan dari sesuatu yang hilang, Ya Tuhan yang memberikan petunjuk dari kesesatan, kembalikanlah barangku yang hilang."
atau
"Maha Suci Tuhan Allah zat yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai (lupa) wahai Tuhan, ingatkanlah aku apa yang aku lalai(lupa)"
(Kalau yang hilang barang, boleh la amalkan doa ni ye, minta bantuan kat Allah, sebab Allah maha kuasa, Dia ja dapat tolong hambanya yang dalam kesusahan)
Aku pun terus menerus la baca doa ni.. disebabkan terlalu letih dan hati x tenteram sebab x jumpa lagi kunci laptop 2, aku pun tidur awal..
Dalam pukul 4.30 pagi, aku terbangun dari tidur. Bangun2 ja teringat lagi kat kunci yang hilang 2.. Risau... Ya Allah, aku baca lagi doa 2.. Harapan untuk jumpa kunci 2 aku letak 100 % kat Allah. Pastu aku bangun cari lagi kunci 2.. Hmm cari cari cari, pastu hati tergerak untuk cari dalam beg sahabat aku.. Pastu.... Alhamdulillah, aku jumpa ngan kunci 2.. Dalam hati ni hanya Allah ja yang tau betapa bersyukurnya hati aku.. Terima kasih sangat2 Ya Allah.. Pastu terus ambik wudhu n sujud syukur n buat la apa yang patot.. Lepas 2 sahur..
I love you Allah <3
No comments:
Post a Comment