Wednesday, March 16, 2016

Resepi kuih keria sangat simple dan lembut

Assalamualaikum..

Haritu ada beli keledek, then decide nk wat kuih keria sebab teringin nk makan. Kalau beli tak puas sebab sikit. ehe. Simple sangat tau. sebab yang xpakar wat kuih cam aku pun leh wat. Kat bawah ni resepi dia :

Bahan-bahan Doh :
Ubi Keledek (putih atau merah)
Tepung gandum

Bahan-bahan Sira ubi keledek :
gula
air

Cara-cara
1) Mula2 kupas keledek dan potong kecik2 supaya cepat empuk. aku guna 2 biji ubi keledek yang besar saiznya.
2)Rebus keledek hingga empuk.
3)Bila dah empuk, toskan dan lenyek keledek masa masih panas. Aku pakai lesung batu sebab mudah sikit nk lenyekkan ubi tu
4)Gaul tepung gandum dengan ubi keledek.(aku guna tepung dalam beberapa sudu ja, sebab kalau tepung banyak, nnt kuih jadi keras)





 
Adunan keledek dan tepung gandum
5)Bentukkan keledek macam gambaq kat bawah. Ikut la saiz apa kita suka


Ubi keledek yang dah siap dibentuk

 6)Goreng adunan tadi
Kuih keria yang dah siap digoreng



 7)Pastu wat sira lak, didihkan air bersama gula. sampai berbuih cam gambaq kat bawah ni ya :

Sira yang dah mendidih
8)Pastu, masukkan keledek yang dah digoreng tadi ke dalam sira yang mendidih tadi. Tutupkan api dan kacau hingga sira agak2 kering.
Gaul keledek dalam sira
9) Taraaa, dah siap. Simple kan :)
Kuih keria dah siap untuk dingap :)


 Selamat mencuba :) <3