Sapa suka masak simple2?
Meh sini nk kongsi resepi yang simple dan mudah.
Nama dia :
Cheese Baked Potato
Cheese baked potato
Bahan-bahan :
ketang yang besar2 dalam 3 biji
daging burger (dipotong dadu kecil-kecil)
1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
brokoli (direbus dan ditoskan)
cheese mozarella
sedikit mentega untuk menggoreng
cara-cara pula ya :
rebus kentang 1/2 masak , dibelah dua dan dikorek isinya.
ha cam gambar kat bawah ni. kemudian ketepikan.
untuk intinya :
panaskan mentega
masukkan bawang hingga naik bau
kemudian, masukkan daging burger
goreng sampai masak.
apabila dah masak, masukkan pula brokoli dan cheese,
kacau sekejap sahaja dan tutup api
pastu gaulkan bahan tadi, bersama isi kentang tadi. ha cam ni :
kemudian , masukkan kedalam bekas kentang tadi dan letakkan cheese di atasnya, cam ni pula :
pastu kite bakor dia bakor.
kite guna pemanggang ajaib je, sbb oven xde. bakar la agak2 cheese cair
pastu makan panas-panas ya :)