Tuesday, December 30, 2014

Resepi Potato Fritters Simple

Assalamualaikum.

Harini nak share sikit resepi yang sangat simple.
Sebab apa simple, sebab kite ni x de la pandai masak sgt. hehe. Jadi mmg suka la cari resepi yang simple-simple ni. Nak2 bahan dia pulak memang dah ada di rumah.

Ni la rupa potato fritters tu :

gambar gugel 

Straight to the point, ni la bahan-bahannya :

ni pun gambar gugel. thanks gugel :)


1) 3 biji ubi kentang (disagat halus)
2) 4 sudu makan tepung jagung
3) 3 sudu makan tepung gandum
4) 1 biji telur
5) daun bawang (dihiris halus)
6) cili merah ( dihiris halus)
7) Garam dan Gula
8) Minyak untuk menggoreng


Cara-cara :

1) Satukan kesemua bahan, dan gaul rata
2) Ambil sedikit demi sedikit dan goreng dalam minyak panas. Ala2 macam nk goreng cucur.  Balik balikkan hingga masak.
3) Siap dihidang bersama sos cili.

Selamat mencuba :)

Thursday, December 18, 2014

Macam dah separuh nyawa..

Assalamualaikum..

Kali ni nk cerita pengalaman yang membuatkan nafasku sesak.

Pagi tadi CTO aku merangkap bos aku whassap aku '

"Salam hari ni sy x jd cuti, so kejap lagi kita go thru the appraisal"

Jadi maksudnya bos x jadi cuti harini. Aku pun x pa la kan. Wat la kerja aku sebagai programmer cam biasa. Pastu ade email dr client masuk mntak tengok satu issue ni. Aku pun check la. Jadi bila check-check rupanya user tu pakai reference number yang sama. sbb tu ada error. Aku check ni pakai linux. Aku pun reply la balik kat client tu. So lega la benda dah settle.


Pastu aku pun bukak la balik linux, konon nk check cront kat situ.

Biasanya aku taip crontab -e kat linux tu. Owhh, lupa nk bgtau, cron tu dia punya fuction ialah untuk bagi process sistem tu jalan auto la. Ok balik semula, kan tadi aku kata nk check cron kan, saja ngada2 nak tengok, pastu au tertaip crontab -r instead of crontab -e dan terus tekan enter.  Sbb apa boleh salah, ha kat keyboard kan e dan r sebelah-sebelah :

Tengok ni :



Ha kan dah ckp sebelah, sebelah. Sbb tu aku tersalah.

Cam ni la ghupanya linux tu. Hitam putih hitam putih. cam file p.ramlee dulu, x dak color. :P
Tapi ni image google ja. X kan nk letak yang comp aku punya, bocor la rahsia sistem comp aku. ehee.  :



Ok pas tekan enter ja dengan confidentnya, tengok2 cron jadi kosong. Ya Allah. Terkejut sangat. pastu try taip crontab -e lagi. Masih tiada apa2 data dlm cron tu. Risaunya hanya tuhan ja yang tahu. Mananya x risau, kalau x jalan cron tu, habis la kena belasah ngan client. Walaupun aku ada silat, tapi belajaq x habis, sbb tu takut ngan client. eh?

Pastu google la apa itu crontab -r. Dan inilah jawapan dari google :

Crontab Options

    The -l option causes the current crontab to be displayed on standard output.
    The -r option causes the current crontab to be removed.
    The -e option is used to edit the current crontab using the editor


Tengok 2nd line. Aku terremove crontab. habis la aku habis.

Pastu whassap bos, bajet cool la ni

'En. Izwan masuk office x? Saya x leh la nk view cron'

Bos reply,

"Ha masuk, jap lagi. bateri kereta saya dah flat."


Hah, lega ingat x jadi masuk office. Ya la aku ni baru la nk masuk dua tahun bekerja sbgai programmer. So cepat cuak sikit, eh alasan.


jadi aku google la cam mana nk recover balik crontab.

Macam2 la google bagi jawapan. Tapi aku x berani buat sendiri cara2 nk recover tu takot lagi teruk kang jadi. Aku x mau la jadi seperti tikus membaiki labu. Ha siap peribahasa. Mana nk dpt. Ehee.


Tunggu punya tunggu nk dekat sejam lebih bos x mai lagi. Peluh2 ni. Faham x perasaan seram sorang2 sbb dah wat salah kan. Takot gak ngn client. Wat dia serang, habis aku. Benteng pertahan dah x kuat.


Sambil tu baca la robbiyasir wala tuassir. mintak dimudahkan urusan.

Tunggu punya tunggu, lepas 2 jam baru bos masuk office. Aku apa lagi, berlari ha, eh tipu ja aku jalan terkedek-kedek, masuk bilik bos bawak laptop.Pastu duduk dlm keadaan cool. Padahal dlm hati, berdebar ni. Pastu aku ckp, en.izwan, saya ter'remove cron. Huwaaa. Rasa nk nagis bila bgtau dia. Dia pun cool ja. So dia tengok la, mmg x dak backup cron kat server. Pastu aku ckp la kan, saya ada backup cron, tapi tahun 2013 punya, sebelum revamp. Bos aku kata, jap saya check kat PC saya. Nasib dia ada backup cron tahun ni. tapi bulan Feb punya.


Pastu terus create cron balik.

Kira dah settle la ni, Sbb dah rasabersalah, masa nk keluaq tu kan aku ckp "En. Izwan, sy mntak maaf sbb teremove cron". Pastu bos aku cool, dia jawab "X, pa alia. cron ni ha yang x betul ada patut x double confirm untuk removekan cron tu. Patutnya kena cron kena double confirm ngn user." Haa cool kan bos aku. Sbb tu la aku suka kerja ngan dia. Dia leader, bukan bossy.

Harap2 nnt kalau aku tukar kerja ka, dpt la bos cam ni lagi. Nk kerja pun tenang.

Apa2 pun syukur ahamdulillah.
Ni pengajaran untuk aku, kgn bnyak typo sgt. Ingat tu alia ingat.



Thursday, November 27, 2014

I wanna hold your hand

Assalamualaikum..


Tetiba harini rasa nak post pasal benda ni pulak.

Tidak semestinya apa yang kita nak kita akan dapat kan. 
kalau kita nak kita dapat, alhamdulillah.
namun, kalau kita nak tapi tak dapat macam mana?

Memang la kita kena usaha untuk dapatkan sesuatu tu kan. 
Tapi kita kena ingat, kalau benda tu bukan hak kita, kita genggam la seerat mana pun, ia akan tetap akan pergi means tak kan dapat jugak. 
Tapi kalau benda tu memang hak kita, kita lepaskan pun dia akan pulang dan akan jadi hak kita jugak. 

Jadi, aku rasa lebih baik kita sederhana sahaja. 
Nak genggam sesuatu tu biar la macam genggam burung merpati. Kalau kite genggam erat sangat nanti burung tu mati , kalau kita genggam terlalu longgar nanti terlepas.

Jadi lebih baik kita pegang sederhana saja k :)








Wednesday, November 26, 2014

Hati ini..


Hati itu indah jika disulami dengan keimanan tetapi hati itu akan kotor jika tersimpan dengan kedengkian.
Hati itu cantik jika teradun dengan kesopanan tetapi hati itu akan busuk jika terpendam dengan kebencian.
Hati itu tenang jika di hiasi dengan kesyukuran dan hati itu akan bahagia jika di tanam dengan ketaqwaan.
Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging.
Orang bijak ada berkata : “Bila seseorang sudah berubah kearah kebaikan, Jangan di ungkit kisah silamnya. Kita tidak pernah tahu betapa susahnya dia cuba melupakan kisah silamnya itu.”
Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya.
KESIMPULAN :
Ingatlah selalu hal yang membezakan seorang yang mulia dengan seorang yang bodoh ialah : Orang bijak selalu menyalahkan dirinya sendiri, tetapi orang bodoh akan menyalahkan diri orang lain. Orang yang hanya mencari aib orang lain, akan lupa keaiban diri sendiri.
Wallahu a'lam.
(Dari buku Cuit2 Ustaz Kay)

Thursday, November 20, 2014

Resepi Cheesekut simple

Assalamualaikum.

Siapa pernah rasa cheesekut? Sedap kan. Haritu rasa cam nk try je cheesekut ni. Google punya google so dapat la resepi dia. Mudah ja rupanya.
Nah kat bawah ni kite ada kongsi resepi dia.

Bahan-bahan :



1) Sepeket biskut deluxe cracker
2) 1/2 tin susu pekat (tapi cam manis sangat, kalau x suka manis kurangkan)
3) 250 g cream cheese (kita pakai yang jenama tatura, sbb murah sikit)
4) 4 sudu besar susu fresh milk (kita pakai susu full cream)


Cara-cara :



  1. Masukkan cream cheese dan susu pekat kedalam mixer dan putarkan hingga kembang. kalau xde mixer, guna blender pun boleh. 
  2. Masukkan sedikit susu segar kedalam mangkuk
  3. Celupkan biskut ke dalam susu segar (rendam sekejap je tau, biar mcm basah2 sikit je) 
  4. Susun biskut yang telah dicelup bersama susu segar ke dalam bekas sehingga menjadi satu lapisan
  5. Kemudian, lapiskan dengan adunan cheesecream dan susu pekat tadi.(Lapisan cream cheese adalah mengikut cita rasa masing2)
  6. Ulangi langkah 3,4 dan 5 sehingga adunan cream cheese habis.
  7. Sejukkan dan siap dimakan

Selamat mencuba :)




Monday, November 3, 2014

It's yours...

Woman without her man is nothing...

Bila diletakkan tanda bacaan, dia boleh memberikan dua maksud :

Pertama :
“Woman, without her man, is nothing.”

Kedua :
“Woman! Without her, man is nothing.

We make our choice, then our choice make us :)