Saturday, November 17, 2012

.:Masa kita:.



Apa aktiviti yang kita lakukan setiap hari? Emm, banyak kan..

Sebagai student, kita study.
Sebagai lecturer, kita mengajar.
Sebagai isteri, kita menguruskan suami dan anak-anak,
Sebagai suami, kita menguruskan hal rumah tangga,
Sebagai pekebun, kita menguruskan kebun,
Sebagai programmer, kita akan buat programming,
Sebagai doktor, kita merawat pesakit..

Ada masanya, kita akan mengahabiskan masa kita dengan berjumpa kawan-kawan, bergurau senda, berkelah, mengemas rumah, tidur, makan, membasuh,membeli belah dan banyak lagi. Berapa banyak masa yang kita boleh peruntukkan untuk semua itu? 1jam, 2 jam, 3 jam atau lebih. Dalam waktu-waktu macam 2 kan, kita selalu akan fikir cam ni, ha, ni la waktu free, nak enjoy puas-puas.

Pernah tak terfikir, dalam sehari tu kan berapa banyak masa kita luang untuk Allah? Hmm. pernah tak terfikir sebelum nak buat sesuatu ibadah tu kan, ha ni waktu untuk Allah pulak. Nak ibadah elok-elok dan khusyuk. Kalau pernah alhamdulillah. :)

Kalau belum, jom la kita start fikir sebelum nak wat sesuatu ibadah tu, niat dalam hati kita, ni waktu aku dengan Allah. Nak wat khusyuk-khusyuk la. Nak spent time betul-betul dengan Allah.. Indahkan kalau kita dapat fikir dan buat macam 2.

Jom la kita sama-sama start spent time ngan Allah. Moga kita lebih ikhlas dan khusyuk dalam buat ibadah kita. Kalau nak tingkatkan amalan kita pun boleh, kita buat la ibadah sunat. Tak salah kan? Kalau sehari kita boleh habiskan masa kita berjam2 untuk hal dunia, apa kata kita ambik sikit je masa lebih untuk Allah pulak.

Untuk ingatan diri ini jugak :)