Assalamualaikum..
Tuk post kali ni, nak kongsi sunnah Rasulullah yang mudah sangat tuk kita ikut. Antaranya:
.:Sunnah ketika memakai alas kaki:.
Rasulullah saw. Bersabda: “Jika salah seorang diantara kalian memakai alas kaki maka mulailah dengan yang kanan dan jika melepasnya maka mulailah dengan yang kiri, atau pakailah secara bersamaan atau lepaslah secara bersamaan”. (HR. Muslim).
.:Apabila bangun dari tidur:.
i) "Rasulullah S.A.W. apabila bangun daripada tidur, baginda menggosok giginya menggunakan siwak (kayu sugi)."
ii)sunnah ketika bangun tidur
menyapu kesan tidur pd muka dgn tngan.
''rasulullah SAW bangun dari tidur lalu beliau duduk sambil menyapu kesan-kesan tidur pada WAJAHNYA''
.:Sebelum solat:.
Daripada Abu Musa r.a katanya, saya datang kepada nabi SAW lalu saya mendapatinya sedang menggosok gigi dengan suatu kayu sugi di tangannya. Baginda menyebutkan u’ u’ sedangkan sugi berada di mulutnya, seolah-olah nabi mahu muntah.” (al-Bukhari 4:73, Muslim 4:15)
Rasulullah SAW menegaskan seandainya tidak menyusahkan umatnya nescaya baginda mewajibkan setiap daripada kita bersugi pada tiap-tiap kali hendak bersolat.
.:Makan:.
Makan menggunakan tangan kanan dan dijilat jari. Jari menghasilkan enzim 10 kali ganda lebih banyak berbanding air liur dalam membantu dalam proses pencernaan makanan.
p/s : Biar simple, asalkan kita dapat istiqamah :)