MATA KECILKU
Nukilan : Ammu Afdlin Shauki aka Abu Miasara
Kau buat mataku kecil
Kau buat badanku besar
Kau sayangkan aku
Kau buatku serba kekurangan
Supaya aku berusaha mencari kejayaan
Kemudian kau limpahkan dgn kesenangan
Kau sayangkan aku
Aku leka dengan hidup dunia
Tiada syukur tersemat didada
Hari hari bergelumang dosa
perhubungan kita tidak ku jaga
seperti seorang anak tak mengenang jasa
Kau sayangkan aku
Aku yg sudah hanyut jiwaku
Rasa tak layak lagi bersamaMu
Sangkaku tertutup sudah pintu kemaafanMu
kerana ke-alpaan diriku
Kerana kebodohan diriku
kerana keangkuhan diriku
Kerana ku butakan mata kecilku
"Masihkah Kau sayangkan Aku?"
f16 Israel membedil Gaza
Kau sayangkan aku
Bom Bom Israel mencari Syuhada
Kesengsaraan di tanah Gaza
Kehancuran merata- rata
Kezaliman yg tak terkata
Kau sayangkan aku
Kemanusiaan membawaku ke sana
Kau permudahkan segala cara
Walaupun debar menggoncang dada
Kau beri ku kekuatan minda
Selamat perjalananku ke Gaza
Agar akhirnya dapat ku guna
Mata yang lama tak bercahaya
Kerana hanya mengejar dunia
Kau Sayangkan aku
Mataku melihat, runtun hatiku
bukan kerana kematian dan kesusahan di situ
Gaza tanah barakahMU
walaupun semuanya kelabu
Dipenuhi oleh kekasih-kekasihMU
Yang tidak pernah menyoal cintaMU
Yang tak pernah menyalahkanMU
Walaupun apa saja kesusahan yang kau beri
Kesyukuran tak pernah meninggalkan hati
Semua kekasih kekasihMU itu merindui
Bersamamu di Jannah nanti
Air mata berlinangan dari mata kecilku
Melihat Ketenangan wajah kekasihMU
Melihat Keberanian jiwa kekasihMU
Melihat keredhaan hati kekasihMU
Melihat ketaqwaan hidup kekasihMU
Senyum kekasihMU penuh cahaya
Senyun terukir walaupun duka
Senyum di beri tak memilih siapa
Senyum penuh kesyukuran padaNYA
AKu terduduk, terdiam melihatnya
Mata aku berkelip tidak percaya,
tidak pernah aku melihat sepertinya
Adakah aku dibumi nyata
ataupun menghampiri ahli-ahli syurga
Palestin bergolak atas keizinanMu
Kau mahu Palestin menjadi guru
Pelajaran bagi semua umat MU
Menyuluh jalan pulang padaMU
Aku meminta pengampunan dariMu Ya Allah
Kerana setelah semua yg aku laku
kau masih sudi membuka mataku
kau masih sudi mahu bersama ku
Kau masih sudi sayangkan aku
Kau sayangkan aku
Aku bersyukur dan merasa rendah
kerana diriku yang masih kau endah
Akan ku balas cintamu dengan seluruh jiwaku
dengan badan besarku
dengan seniku, dengan jenakaku, dengan akalku
dengan mata kecilku yang kini melihat kebesaran Mu
kekuatan Mu, Ke BijaksanaanMu, PengampunanMU
Cinta Mu yang memang tidak ada seteru.
Semua yang ku lakukan kini kerana Mu
UntukMu inginku menjadi Qalam
Akan aku ceritakan kebesaranmu kepada sekian Alam
Akan ku sampaikan kasih mu yg sangat mendalam
Ya aku, Budak gemuk yg 120kg ni... ISLAM.
# Allahu akbar! Semoga Allah memberi kekuatan dan merahmati beliau.
sumber : IKRAM MESIR 2012
Sunday, December 23, 2012
Tuesday, December 18, 2012
.:Berjalan Tanpa Henti:.
Assalamualaikum..
Haritu, pada 14 Disember 2012, aku baru ja habis praktikal... yeeeaaayyyyy!! Alhamdulillah. Akhirnya setelah 3 tahun bertungkus lumus study, tamat jugak pengajian. Ceritanya, aku praktikal kat IDOTTV, Kelana Jaya. Banyak sangat belajaq kat situ.. Masa praktikal, aku wat android application yang kami namakan Malay Delights. Aku wat apps ni ngan Diyana ngan Shafinas. Yang designnya Finas, dari UTEM.. Aku ngan diyana coding moding la.. Dah present ngan jayanya. Alhamdulillah. So sesiapa yang pakai hp yang OS nya android, leh la kalau nak pakai apps yang kitorang buat :D
Lepas habis praktikal, kitorang pun konon2nya dah xdapat jumpa lagi, terus la gi jalan2 gi Melaka.. Eksited sangat, sebab Melaka best, osem :D Aku gi Melaka ngan kawan2 praktikal jugak. Siapakah mereka ? Jeng jeng jeng...
Shafinas (UTeM)
Shafarina (UKM)
Syikin (UKM)
(Diyana x ikut sebeb dia ada hal )
Ceritanya bermula di sini ...
Mula2 kitorang gi Pantai, tapi duduk sekejap ja, sebab panas liplip :P hehehehe..
Ni la sikit2 gambar kat sana :
Finas, bz ngan payung dia...
Ni rina, ala2 model.. kononya :P
syikin, senyum manis :)
Then, lepas 2 terus la gi hotel untuk checkin.. Pastu ada la tragedi x jadi checkin sana. Malas la pulak rasa nak cerita sebab apa xjadi checkin kat hotel 2.. boleh kan?? hee.. Then kitorang pun sibuk la call homestay lain yang ada. Call punya call, banyak gak homestay yang cakap homestay diorang dah penuh.. Pastu kami pun duk la cakap2, "tido masjid la". heee.. Pastu tanpa putus asa, try call lagi.. At last...
Apa jadi?? Ha alhamdulillah, ada satu homestay kat Durian Daun Dalam. Unik nama tempat 2, durian pun durianla. So kitorang pun gi la sana. Nak tahu cam mana homestay last minute kami?? Tengok la gambar kat bawah ...
TARAAA... ^^
Cam rumah kg, cantik dan selesa sangat :P Suka duduk sini..
Lepas checkin, kitorang pun rehat jap, then siap2. Finas cakap nak bawak kami gi makan coconut shake.. Yummy sedap sangat.. Rasa kelapa dia, fuhh. nikmat Allah yang x terkata :P
Ni image google ja, sebab masa 2 xtgkp pic dia, sebab sedap sangat sampai lupa nak ambik pic :)
Lepas dah minum sampai kenyang, kitorang gi Bandaraya Melaka, Jonker walk. Dah lama x gi sana. Tengok la pic kitorang kat bawah ni, Biar gambar berbicara.. chewahh ..
Dataran pahlawan
Tengok finas, nk manja2 lak :P
Gambar kat bawah ni, Masa dalam menara taming sari..
Peace
Tido sekejap :P
Cantik kan, pemandangan dari menara Taming Sari waktu malam
Finas pun nak jugak posing sini :P
Syikin pun sama.
Ni ja lain.. heee..
Khusyuk menikmati pemandangan malam ciptaan Ilahi..
Lepas naik menara ni, kami pi Jonker Walk. Ya Allah orang, ramai sangat.. Berhimpit2 nak lalu kat situ.. X snap pic pun kat situ.. Hee lepas 2 jalan2 lagi keliling Melaka..
Ni lah hasilnya...
mak aiii, bercahaya muka kami :P
Finas, suka posing sorang2.. hahhaha
Abang beca kat belakang, kasi kabur sikit :P
Rina, sembunyi
Ni yang cantik ni, River Cruise..
bajet comel
Syikin yg dah kepenatan, mungkin..
totop mukamu :P
Posing kaki
Kasut masut KAMI
Lip Lap Lip Lap beca ni :)
Lepas 2, lapaq oii, lapaq.. heee. pi la makan ikan bakaq :)
yang tepi 2, siput buluh, first time try. Rina yang ajaq, sedap gak :D
Muka lapaq :)
Pas makan, balik tidoq...
ZzZzZzZzZzZzZzZz...
Keesokan harinya, pi la jalan kat A Famosa, tenpat wajib kalau pi melaka ni.. Tpi sebelum 2, Posing dulu.. hee :P
Sementara tunggu Syikin ngan Finas, siap, kitorang posing dulu :)
Beg macam xkena tuan ja.. hee :D
Syikin, tetap nak ayu..
Finas dah mula interframe
Eh, eh cermin la.. Click snap pic lg :P
Depan kapal kat A Famosa, baru bina kot, sebelum ni xdak lagi..
posing depan bendera2 di setiap negeri :)
candid tapi bukan candid
Masing2 mata kuyu.. sebab panas :)
3 gadis..
mereka lagi...
Shafinas..
Shafarina
Mereka berdua..
posing ngan topi yng belum dibayar.. 12 henggit :)
eh, ada train la.. heee
aeroplane pun ada la..
konon2 cam nak naik train la
satu2nya gambar kami berempat :)
Syikin sibuk main ngan ikan dalam kolam 2 kat Mahkota Parade..
Posing2 comel
eh, eh, eh... Speechless ><
Then pukul 4 lebih kitorang bertolak la balik..
oohh ohhh balik kg.. hee
p/s: InsyaAllah, 2 January ni start kerja kat IDOTTV..
Gementar, Gembira
Dah besar rupanya aku..
Dah kerja dah tahun depan..
lalalalala..
kerjalah :D
Terima Kasih Ya Allah diatas segala rezeki yang kau berikan padaku :)
Subscribe to:
Posts (Atom)