Sunday, April 1, 2012

Global March Jerusalem..

Assalamualaikum..
Pada 30 March 2012 yang lalu, gerakan yang dipanggil Global March ke Jerusalem (GMJ) telah berjalan dengan jayanya. Perarakan ke Jerusalam ini adalah untuk mengajak masyarakat dunia untuk menuntut kebebasan untuk rakyat Palestin. Bagi rakyat Malaysia yang tidak dapat ke Jerusalem, antara inisiatif dijalankan ialah mengadakan GMJ di Stadium Malawti Shah Alam.. Pelbagai aktiviti dijalankan di sana.. GMJ bermula pada pukul 5 petang sehingga 11 malam..
Antara aktiviti yang dijalankan ialah choral speaking, persembahan daripada Yasin, Muadz, Mirwana, Flashmob yang disertai oleh para pelajar dari UiTM, UIA, Kolej Tailors dan lain2..

Semoga Usaha ini dapat membuahkan hasil untuk membebaskan palestin..
"From the river to the sea, Palestine will be Free!!"

Tuesday, March 6, 2012

As Easy as ABC



Ketika memakai pakaian

:: Membaca Bismillah sama ada ketika memakai atau menanggalkan pakaian.

:: Memula memakai dengan anggota kanan

:: Menanggalkan pakaian dengan mendahului anggota kiri, kemudian anggota kanan



Ketika pergi ke masjid

:: Berjalan kaki ke masjid

:: Mendahulukan kaki kanan semasa masuk ke masjid

:: Merebut saf pertama

::Mendahulukan kaki kiri semasa keluar dari masjid

:: Solat sunat tahiyatul masjid

Sumber : Buku Amalan 24 jam dalam kehidupan Rasulullah s.a.w
(Zulkarnain Dollah)

Friday, February 3, 2012

Mudah sangat kan?


Assalamualaikum..
Tuk post kali ni, nak kongsi sunnah Rasulullah yang mudah sangat tuk kita ikut. Antaranya:

.:Sunnah ketika memakai alas kaki:.

Rasulullah saw. Bersabda: “Jika salah seorang diantara kalian memakai alas kaki maka mulailah dengan yang kanan dan jika melepasnya maka mulailah dengan yang kiri, atau pakailah secara bersamaan atau lepaslah secara bersamaan”. (HR. Muslim).

.:Apabila bangun dari tidur:.

i) "Rasulullah S.A.W. apabila bangun daripada tidur, baginda menggosok giginya menggunakan siwak (kayu sugi)."

ii)sunnah ketika bangun tidur
menyapu kesan tidur pd muka dgn tngan.

''rasulullah SAW bangun dari tidur lalu beliau duduk sambil menyapu kesan-kesan tidur pada WAJAHNYA''


.:Sebelum solat:.
Daripada Abu Musa r.a katanya, saya datang kepada nabi SAW lalu saya mendapatinya sedang menggosok gigi dengan suatu kayu sugi di tangannya. Baginda menyebutkan u’ u’ sedangkan sugi berada di mulutnya, seolah-olah nabi mahu muntah.” (al-Bukhari 4:73, Muslim 4:15)

Rasulullah SAW menegaskan seandainya tidak menyusahkan umatnya nescaya baginda mewajibkan setiap daripada kita bersugi pada tiap-tiap kali hendak bersolat.

.:Makan:.
Makan menggunakan tangan kanan dan dijilat jari. Jari menghasilkan enzim 10 kali ganda lebih banyak berbanding air liur dalam membantu dalam proses pencernaan makanan.

p/s : Biar simple, asalkan kita dapat istiqamah :)

Monday, January 30, 2012

Pray, it works :)


Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi Muhammad s.a.w telah bersabda :
" Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan"

Lalu baginda ditanya oleh seseorang : "Apa maksudnya meminta dipercepatkan?"

Jawab baginda : "Umpamanya seseorang itu telah berkata dalam doanya : " Aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa."

Friday, November 25, 2011

Pohonlah kepadaNya..


"Allah berfirman, "Wahai anak Adam, sepanjang engkau memohon kepadaKu dan berharap kepadaKu akan Aku amuni apa yang telah engkau lakukan,Aku tidak peduli.Wahai anak Adam, jika dosa-dosamu setinggi awan dilangit kemudian engkau meminta keampunan kepadaKu, akan Ku ampuni.Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang kepadaKu membawa kesalahan sebesar dunia kemudian engkau datang kepadaKu tanpa menyekutukan Aku dengan sesuatu pun, pasti akan datang kepadamu dengan ampunan yang sebesar itu pula."
[HR Tirmidzi]


Thursday, September 22, 2011

PAHALA SEPERTI HAJI DAN UMRAH


Assalamualaikum...

Pada pagi jumaat ni, saya nak kongsi sedikit ilmu dengan rakan2 sekalian..

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

"Sesiapa yang menunaikan solat subuh secara berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah hingga matahari terbit, kemudian solat dua rakaat, maka baginya pahala seperti haji dan umrah."

-Besar kan pahalanya, so jom kita cuba amalkan =)-