Tuesday, March 6, 2012

As Easy as ABC



Ketika memakai pakaian

:: Membaca Bismillah sama ada ketika memakai atau menanggalkan pakaian.

:: Memula memakai dengan anggota kanan

:: Menanggalkan pakaian dengan mendahului anggota kiri, kemudian anggota kanan



Ketika pergi ke masjid

:: Berjalan kaki ke masjid

:: Mendahulukan kaki kanan semasa masuk ke masjid

:: Merebut saf pertama

::Mendahulukan kaki kiri semasa keluar dari masjid

:: Solat sunat tahiyatul masjid

Sumber : Buku Amalan 24 jam dalam kehidupan Rasulullah s.a.w
(Zulkarnain Dollah)

Friday, February 3, 2012

Mudah sangat kan?


Assalamualaikum..
Tuk post kali ni, nak kongsi sunnah Rasulullah yang mudah sangat tuk kita ikut. Antaranya:

.:Sunnah ketika memakai alas kaki:.

Rasulullah saw. Bersabda: “Jika salah seorang diantara kalian memakai alas kaki maka mulailah dengan yang kanan dan jika melepasnya maka mulailah dengan yang kiri, atau pakailah secara bersamaan atau lepaslah secara bersamaan”. (HR. Muslim).

.:Apabila bangun dari tidur:.

i) "Rasulullah S.A.W. apabila bangun daripada tidur, baginda menggosok giginya menggunakan siwak (kayu sugi)."

ii)sunnah ketika bangun tidur
menyapu kesan tidur pd muka dgn tngan.

''rasulullah SAW bangun dari tidur lalu beliau duduk sambil menyapu kesan-kesan tidur pada WAJAHNYA''


.:Sebelum solat:.
Daripada Abu Musa r.a katanya, saya datang kepada nabi SAW lalu saya mendapatinya sedang menggosok gigi dengan suatu kayu sugi di tangannya. Baginda menyebutkan u’ u’ sedangkan sugi berada di mulutnya, seolah-olah nabi mahu muntah.” (al-Bukhari 4:73, Muslim 4:15)

Rasulullah SAW menegaskan seandainya tidak menyusahkan umatnya nescaya baginda mewajibkan setiap daripada kita bersugi pada tiap-tiap kali hendak bersolat.

.:Makan:.
Makan menggunakan tangan kanan dan dijilat jari. Jari menghasilkan enzim 10 kali ganda lebih banyak berbanding air liur dalam membantu dalam proses pencernaan makanan.

p/s : Biar simple, asalkan kita dapat istiqamah :)

Monday, January 30, 2012

Pray, it works :)


Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi Muhammad s.a.w telah bersabda :
" Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan"

Lalu baginda ditanya oleh seseorang : "Apa maksudnya meminta dipercepatkan?"

Jawab baginda : "Umpamanya seseorang itu telah berkata dalam doanya : " Aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa."

Friday, November 25, 2011

Pohonlah kepadaNya..


"Allah berfirman, "Wahai anak Adam, sepanjang engkau memohon kepadaKu dan berharap kepadaKu akan Aku amuni apa yang telah engkau lakukan,Aku tidak peduli.Wahai anak Adam, jika dosa-dosamu setinggi awan dilangit kemudian engkau meminta keampunan kepadaKu, akan Ku ampuni.Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang kepadaKu membawa kesalahan sebesar dunia kemudian engkau datang kepadaKu tanpa menyekutukan Aku dengan sesuatu pun, pasti akan datang kepadamu dengan ampunan yang sebesar itu pula."
[HR Tirmidzi]


Thursday, September 22, 2011

PAHALA SEPERTI HAJI DAN UMRAH


Assalamualaikum...

Pada pagi jumaat ni, saya nak kongsi sedikit ilmu dengan rakan2 sekalian..

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

"Sesiapa yang menunaikan solat subuh secara berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah hingga matahari terbit, kemudian solat dua rakaat, maka baginya pahala seperti haji dan umrah."

-Besar kan pahalanya, so jom kita cuba amalkan =)-

Wednesday, September 7, 2011

.:JANGAN LEPASKAN PELUANG:.

Hadis Qudsi

"Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Tuhan kita turun pada setiap malam ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir dan berfirman,'Sesiapa yang berdoa kepada-Ku maka Aku memenuhinya. Sesiapa yang memohon kepada-Ku maka Aku akan memenuhinya. Sesiapa yang meminta ampun maka Aku mengampuninya.'"

(Riwayat al-BUkhari no 1094, Muslim no 1808, Abu Daud no.1317 dan lain-lain)