Thursday, September 22, 2011

PAHALA SEPERTI HAJI DAN UMRAH


Assalamualaikum...

Pada pagi jumaat ni, saya nak kongsi sedikit ilmu dengan rakan2 sekalian..

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

"Sesiapa yang menunaikan solat subuh secara berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah hingga matahari terbit, kemudian solat dua rakaat, maka baginya pahala seperti haji dan umrah."

-Besar kan pahalanya, so jom kita cuba amalkan =)-

Wednesday, September 7, 2011

.:JANGAN LEPASKAN PELUANG:.

Hadis Qudsi

"Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Tuhan kita turun pada setiap malam ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir dan berfirman,'Sesiapa yang berdoa kepada-Ku maka Aku memenuhinya. Sesiapa yang memohon kepada-Ku maka Aku akan memenuhinya. Sesiapa yang meminta ampun maka Aku mengampuninya.'"

(Riwayat al-BUkhari no 1094, Muslim no 1808, Abu Daud no.1317 dan lain-lain)

Monday, August 15, 2011

MEMATAHKAN HUJJAH YAHUDI


Assalamualaikum...

Kisah ini berkaitan dengan Iyas bin Mu'awiyah seseorang yang sangat bijaksana pada zaman pemerintahan Umar bin Abdul Aziz..

Pada suatu hari berkumpullah teman-temannya dari kalangan Yahudi.. Mereka sedang membincangkan masalah agama tanpa menyedari bahawa Iyas turut mendengarnya.

Guru Yahudi : Tidakkah kalian hairan dengan islam? Mereka berkata bahawa mereka akan makan disyurga sebanyak yang dikehendaki, namun tidak akan membuang air besar.

Iyas : Adakah semua makanan yang dimakan di dunia ini akan keluar dari tubuh?

Guru Yahudi : Tidak.

Iyas : Lantas ke mana perginya makanan yang tidak keluar itu?

Guru Yahudi : Ia bertukar menjadi zat untuk jasmani.

Iyas : Lantas mengapa kamu mengingkari bahawa makanan itu boleh kekal dalam tubuh? Jika makanan yang kita makan didunia sebahagiannya boleh diserap oleh tubuh maka tentulah tidak mustahil di syurga seluruhnya diserap oleh tubuh untuk menjadi zat jasmani.

Merasai bahawa dia telah tewas, guru tersebut memberikan isyarat tangan sambil berkata kepada Iyas : Semoga Allah mematikan kamu sebelum dewasa.
Sumber : Solusi isu 34..

Friday, August 12, 2011

5 BONUS KHAS RAMADAN

Jom jaga mata, telinga dan mulut daripada perkara yang menimbulkan kemurkaan Allah :)

Assalamualaikum..

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Umatku diberi lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika ramadan iaitu :

1) Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah.

2) Para malaikat beristighfar pada mereka sehingga mereka berbuka.

3) Allah memperindahkan syurga-Nya setiap hari dan berfirman :
'Hampir-hampir hamba-hamba-Ku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu.'(Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat).

4) Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiar lepas seperti pada bulan-bulan selain ramadan.

5) Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya)."

Mengenai bonus kelima ini, ada sahabat bertanya kepada baginda: " Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam lailatul qadar?" Baginda menjawab :"Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalannya." (Riwayat Ahmad).

sumber daripada : SOLUSI isu 34..

Thursday, August 4, 2011

BUAT RENUNGAN

Assalamualaikum..

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :

Soalan pertama
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat
Imam Ghazali :Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita
ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185).

Alia ada terbaca kata2 ni.. Kalau x salah dari majalah Solusi..
"Apabila seorang manusia itu dilahirkan, maka bermulalah perjalanannya menuju kematian"

Sama2 la kita muhasabah diri..
Wallahualam..

Monday, August 1, 2011

FADILAT SOLAT TARAWIH PALSU..

Assalamualaikum..

Memang tidak disangkal lagi, Solat Terawih tidak dapat dipisahkan dengan bulan puasa. Namun disebalik solat sunat ini, terdapat juga hadis palsu yang berbunyi:

Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

Dan seterusnya.

Untuk pengetahuan bersama, hadis ini telah dimansuhkan oleh pihak JAKIM Terengganu. Soalan ini pernah diajukan kepada tokoh-tokoh agama tanahair. Setelah disiasat dengan teliti (oleh orang yg lebih arif tentang agama), hadis ini tidak ada di dalam Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi.

Walaupun di dalam bulan puasa ini kita sibuk mengejar amalan, tetapi kita harus beringat, setiap ibadah yang kita lakukan ini, haruslah dibuat dengan penuh rasa ikhlas tanpa mengharapkan balasan.

Oleh itu, saya mengusulkan berita ini diperhebahkan lagi melalui blog, forum atauFave It (di Negaraku) agar kita semua dapat mengambil iktibar. Semua yg baik itu datang dari Allah, yg jahat itu, memang confirm aku lah.

“Sesiapa yang berdusta ke atasku (menggunakan namaku) dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka).

Amin.

rujukan :http://www.noktahhitam.com/portal-jakim-fadilat-solat-terawih-palsu.html


Wallahualam..