Monday, May 16, 2011

PERJALANAN TERAKHIR SEORANG MANUSIA



Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

- Pemimpin yang adil.

- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.




Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
Sedekah/amal jariahnya.
Doa anak²nya yang soleh.
Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Saturday, May 14, 2011

AKU INSAN YANG LEMAH


Ya allah,,
Aku lemah ya Allah,
Aku amat megharapkan pertolonganmu ya Allah Ya Rab.

Aku tahu , aku tahu Ya Allah,
Setiap ujian yang telah kau berikan,
ada hikmahnya.

Aku sebagai hambamu tahu,
Engkau amat merindui rintihan hambamu kepadamu Ya Allah,
Syukur Ya Allah kerana tidak membiarkan hambamu terus terleka.
Hambamu yang lemah ini,
akan terus berusaha untuk memperbaiki diriku ke arah kebaikan.

Namun Ya Allah,
Diatas ujian yang kau berikan kepadaku,
Aku mohon,
Aku mohon dengan rasa yang sangat rendah hati,
Engkau bantulah dan tujukkan jalan yang terbaik untukku.

Ujian,
Ujian yang kau berikan kepada setiap hambamu,
Walaupun perit untuk dilalui,
Namun aku yakin ada sesuatu baik menanti pada masa akan datang.

Ya Allah Ya Rabb,
Engkau tidak akan menguji hambamu yang tidak mampu menggalas ujian mu Ya Allah, Setiap ujian yang kau berikan adaah setimpal dengan kemampuan hambamu,
Oleh itu diatas ujian yang kau berikan kepadaku Ya Allah,
Akan ku cuba lalui dengan penuh kesabaran,
Bantulah hambamu ini supaya dicekalkan hatiku ini Ya Allah,
Hanya kepadamuYa Allah aku meminta.

p/s : Tabahkanlah hatiku :)

Saturday, May 7, 2011

selamat hari ibu :)



p/s: sayangi ibu kamu sebagaimana kamu menyayangi diri kamu sendiri..

Saturday, April 30, 2011

indahnya SABAR..


Hayati dialog dibawah :

HambaAllah 1 : Sabar ya awak. Ujian itu tanda Allah sayangkan awak..

HambaAllah2 : Sabar! sabar! sabar!!!
Itu sahaja yang awak tahu.. Awak bolehlah cakap sabar, sebab benda 2 tidak terjadi
pada awak. Kalaulah benda tu terjadi kat diri awak, baru awak tahu
langit tu tinggi ke rendah.. Asyik suruh saya bersabar sahaja.. Tahulah
saya!!!!

Namun tahukah sahabat-sahabatku erti sabar. Fahamkah kita sabar itu dengan sebenarnya??
Hmm,, kita ni sebagai hamba Allah kan sepatutnya malu pada Allah sebab kita tidak mampu menahan setiap ujian yang menimpa kita dengan sabar dan redha kepadanya.. Kerana apa?? Kerana Allah pun memiliki sifat sabar.. Allah sabar dengan sikap-sikap hambanya..
Sebagai contoh :

Rasulullah bersabda yang bermaksud :
"Tidak ada seorang pun mendengar sesuatu yang menyakitkan lebih sabar dari Allah. Dia telah disekutukan dan dianggap memiliki anak, tetapi Dia membiarkan dan memberi mereka rezeki."
(Riwayat Ahmad daripada Abu Musa al-Ash'ari)

Kalau kita hayati dengan sebenar-benarnya ayat diatas.. Malunya kita.. Banyak mengeluh daripada bersabar.. Sedangkan Allah yang Maha Agong pun boleh bersabar dengan karenah makhluk ciptaannya.. Ya Allah ampunilah kami kerana tidak mampu menahan sabar di atas setiap ujianmu ya Allah..

Sepatutnya kita sebagai hamba perlulah sabar dalam setiap ujian..

Sebagai contoh,, seorang guru. Seseorang guru itu perlulah sentiasa bersabar dengan setiap karenah para pelajar. Mungkin terdapat para pelajar yang sangat mudah mendapat ilmu yang telah diajarkan.. Namun, terdapat jugak para pelajar susah memerima pelajaran yang telah diajarkan kepadanya.. Mengapa?? Kerana setiap manusia itu tidak memiliki tahap akal yang sama. Ada yang cepat pickup,, ada yang lambat pick up.. Jangan la mudah mengeluh dah menumpukan pengajaran itu hanya kepada pelajar yang mudah faham sahaja.. Sebaliknya,, cuba luangkan masa untuk mengajar dan lebih fokus kepada pelajar yang kurang berkemampuan dalam bidang pelajaran.. Luangkan masa untuk membuat kelas tambahan kepadanya atau sebagainya.. Janganlah mudah melatah dengan karenah pelajar yang kurang berdispilin disekolah.. Janganlah dengan cepat dan mudahnya menghukum mereka.. Cuba cari punca pelajar itu bersikap demikian.. Mungkin kerana dia memiliki masalah keluarga,, kurang kasih sayang dah sebagainya.. Maka berilah kasih sayang kepadanya. Cuba luangkan masa mendengar rintihan pelajar tersebut.. Itu adalah lebih baik..

Mengapa Allah menguji kita?? Kerana setiap ujian itu sangat memerlukan nilai kesabaran yang tinggi dalam diri kita.. Allah tidak akan menguji hambanya tanpa sebab. Jika kita diuji dengan tidak mencapai apa yang kita inginkan jangan cepat mengeluh.. Kerana Allah tahu apa yang terbaik disebaliknya.. Banyak hikmahnya.. Hanya bersabar sahaja diatas ujiannya. Sabar itu menguji setiap manusia sama ada dia benar-benar beriman dengan Allah atau sebaliknya..



Firman Allah yang bermaksud :
" Dan orang yang bersabar dalam musibah, penderitaan dan peperangan mereka itulah orang yang benar imannya dan mereka itulah orang yang bertaqwa." (Surah al-Baqarah 2:17)

Hakikat sabar :

(1) Yakin mendapat pahala tanpa batas dari Allah.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Sesungguhnya hanya orang yang bersabar yang dicukupkan pahala bagi mereka tanpa batasan." (Surah al-Zumar).

(2) Mendapat berita gembira dengan rahmat dan petunjuk Allah
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: " Dan berikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar, yang apabila ditimpa musibah mereka berkata,'kami milik Allah dan kepadaNya jua kami akan dikembalikan.' Mereka itulah yang mendapat rahmat daripada Tuhannya dan merekalah orang yang mendapat petunjuk." (surah al-baqarah 2:155-157)

(3) Mendapat syurga diakhirat kelak
Firman Allah s.w.t yang bermaksud "Dan para malaikat masuk ketempat-tempat mereka dari semua pintu (sambil mengucapkannya,),keselamatan kalian berkat kesabaran kalian. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu."(surah al-Ra'd 13:23-24)

Jadi bersabarlah sahabat-sahabatku kerana banyak hikmah daripada kesabaran itu :)

Sumber : daripada bahan bacaan yang sangat saya gemari , SOLUSI isu no31..

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
Sedekah/amal jariahnya.
Doa anak²nya yang soleh.
Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Sunday, April 24, 2011

CARA MEMOTONG KUKU MENGIKUT SUNNAH NABI


Assalamualaikum..
"Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah "

Hari ni kan nak kongsi satu ilmu ngan semua.. Maybe dah ramai yang tau kot pasal benda nie.. Tapi nak kongsi jugak benda nie,, mana la tahu maybe dah lupa ka apa ka kan.. Ni ha nak kongsi sikit cara2 nak potong kuku ikut sunnah nabi.. Senang ja kan.. Walaupun nampak ja cam simple,, tapi kan benda yang simple nie la boleh menambahkan pahala kita... Daripada kita potong kuku xdapat apa2, lebih baik kita potong ikut sunnah nabi kan... Rujuk la gamba kat bawah ni tuk
tahu cara tuk memotong kuku mengikut sunnah nabi..

p/s: amalkan taw,, sebab benda nie sangat senang nak wat :)

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
Sedekah/amal jariahnya.
Doa anak²nya yang soleh.
Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.